Welcome


widgeo.net

Saturday 24 March 2012

Ulangtahun Ke-205 PDRM...

Selamat Menyambut Ulangtahun Penubuhan Ke-205 Polis Di Raja Malaysia...



Walaupon banyak tohmahan yang diberikan, secara peribadi dan ramai lagi yang berasa pihak PDRM sentiasa diperlukan bagi menjamin keselamatan negara disamping agensi-agensi badan keselamatan yang lain...

Sejak dari awal penubuhan, pasukan ini telah menunjukkan peningkatan yang amat ketara dari segi anggota, kelengkapan serta kemudahan bagi pasukan ini terus memberi khidmat kepada negara serta seluruh rakyat...





Bersempena dengan Ulangtahun Ke-205 ini, diucapkan semoga sentiasa terus cemerlang dalam memberi khidmat yang terbaik dalam apa jua keadaan...

SELAMAT ULANGTAHUN KE - 205 PDRM

banner pic dari portal.ikdn.gov.my


Friday 23 March 2012

Perangai Camni Harus Di Ajar...

Assalamualaikum wbt buat semua...

Jommm kita tengok perangai bebudak mentah xsedor diuntung nih, kita dh lama hidup bermasyarakat bercampur xkira apa kaum dan Agama tetapi masih ada sakibaki individu yang tidak tahu adab resam, budaya dan Agama kaum-kaum yang lain...

Ni pic nya yang aku "snapped" seelok sahaja seorang rakan membuat posting di Grup FB wall 'Negaraku Malaysia' semalam...


Kekadang aku berasa heran, kenapa masih ada rakyat Malaysia yang tersangatlah "bodoh, bangang dan yang sewaktu dengannya" ni. xpernah sekolah ke, xpernah belajor ke or worst still xpernah bergaul ngan kaum lain ke n xpernah ada kengkawan yang berAgama Islam ke...

Apa kata jommm kita desak dia untuk MEMOHON MAAF KEPADA SEMUA YANG BERAGAMA ISLAM XKIRA DARI KAUM MANA PON. MINTAK DIA MOHON MAAF SECARA TERBUKA DENGAN SECEPAT MUNGKIN N NAK TAU APA SEBABNYA DIA BERKATA DEMIKIAN.

Tapi aku tau ramai yang dok cari dia sekarang ini kerana orang yang kurang di ajor ni memang nak kene ajor sikit...

JOMMMM...



Thursday 22 March 2012

Leaders Of Tomorrow !!! WHATTTT ???


Adoiiiiiii, camni ke yang dilaung-laungkan sebagai "leaders of tomorrow"...

Macam dh xde tempat lain dh nk buat huruhara sampai tempat bebudak berlatih bola pon diorang nk buat hal...


PCJ kata : pmpuan sekor ni dh masuk tahap merabanteben dh nih...kihkihkih...

Sunday 4 March 2012

KITA - Manusia atau ...


Sejak dari kecil kita dijaga, ditatang, dibelai dan sebagainya oleh ibubapa kita, tatkala kita resah, dengan pantas mereka menjenguk kita. Kita semua dijaga dengan sepenuh kasih sayang melebihi diri mereka sendiri. Mereka memberi segalanya, tidak kira apa pun untuk menjadikan kita sebaik-baik dan sebagus-bagus manusia agar dapat kita mencurahkan  segala bakti  kita kepada keluarga, bangsa dan Agama...


Dari mula alam persekolahan hingga ke peringkat menengah kita diajar dan ditunjukkan mana yang betul dan mana yang  salah dan tatkala kita melangkah keperingkat yang lebih tiinggi iaitu di Universiti, mereka masih lagi memberi segala perangsang, pedoman hidup dan kata-kata semangat untuk kita berjaya sebagai seorang manusia yang berguna...

Tetapi apabila kita berjaya melepasi tahap tertinggi pendidikan, ada diantara kita yang ‘terlupa’ semua apa yang telah dicurahkan untuk kita selama ini dan hanya sebilangan  sahaja dari kita yang ‘terselamat’ dan sebilangan  lagi ‘tersasar’...


Bagaimana boleh terjadi sedemikian rupa...’Kita dah besar, pandai  dan boleh berbuat apa sahaja’, mana yang ‘terselamat’ tu selamat lah dia tetapi mana yang ‘tersasar’ itu bagaimana pula...

Kita dipertontonkan dengan pelbagai rentak kehidupan dan seharusnya kita ikut mana yang baik dan tinggalkan yang kurang baik. Itu yang sepatutnya kita lakukan. Tetapi ramai dari kita yang memilih “the negative side” hanya kerana mungkin ianya lebih “adventure & more action”, mungkin YA dan mungkin TIDAK tetapi andaikata kita tersilap pilihan, amatlah sukar untuk kita perbetulkan kesilapan  yang telah kita lakukan, ibarat kata ‘nasi sudah menjadi bubur’, memang bubur pun kita boleh makan tetapi nasi yang kita berkehendakkan dan beras yang kita basuh untuk dimasak menjadi nasi, lainlah kalau kita berkehendakkan ianya menjadi bubur...


Kembali semula kita kepada kedua ibubapa kita tadi, bilamana anak-anak berjaya  dengan cemerlangnya,  ibubapalah insan yang paling gembira dan segala penat lelah mereka ‘mengorbankan’ diri dan ‘mengutamakan’  kita telah kita balas dengan memberi mereka sebuah KEJAYAAN...



Tetapi bagaimana pula perasaan mereka jika kita hanya ‘separuh jalan’ ataupun berjaya melepasi dengan cemerlang tetapi tidak seperti yang mereka harapkan. Sudah tentu perasaan mereka hancur kerana kita tidak menjadi manusia teapi menjadi umpama “beruk” yang menyusahkan keluarga, saudaramara dan masyarakat sekeliling. Itu belum kira ‘malu’ ibubapa untuk berhadapan dengan masyarakat di sekeliling mereka...


Semua itu berpunca dari kita sendiri, bukannya salah asuhan atau didikan tetapi kita sendiri  yang tidak pandai memilih dan menilai yang mana kaca  dan yang mana permata. Tetapi masih belum terlambat untuk kita ‘kembali’ ke landasan yang seperti diinginkan oleh ibubapa kita iaitu berjaya sepenuhnya dan berbakti untuk generasi yang seterusnya dan bukan merosakkan lagi keadaan mereka...

Jika ibubapa kita masih ada ataupun tiada, itu bukan halangan atau sebab untuk kita tidak menggembirakan mereka kerana  setiap ibubapa  menginginkan kebaikan untuk anak-anak mereka.

Tepuk  dada tanya selera – untuk kita sahaja atau untuk Kita, Keluarga, Agama, Bangsa dan Negara...

Wallahu’alam...