Welcome


widgeo.net

Tuesday 24 June 2014

BERSIH MEMBISU - SETUJU DGN SEGALANYA KE...

Apa sahaja yang membabitkan UMNO ataupun Barisan Nasional mahupun Kerajaan mesti ada yang nampak silapnya walaupun apa yang dilakukan itu adalah betul, elok demi seluruh rakyat mahupun untuk Negara. Pelbagai NGO akan bersuara termasuk BERSIH yang konon nya teramat bersih sehingga tiada satu pun calit kekotoran yang terpalit...

Akan tetapi, jika sesuatu yang memang ternyata buruk, salah laku serta pelbagai lagi kelakuan dan perbuatan yang dicetuskan oleh Parti Politik lain yang turut membabitkan sebahagian rakyat yang lain, NGO BERSIH ini semacam tidak nampak apa-apa pun atau bersuara mengutuk segala apa yang berlaku...

BERSIH la sangat kan...

Contoh terbaru adalah Pemilihan Peringkat Cabang Parti Keadilan Rakyat, pelbagai salahlaku, sogokan, penipuan pengundian, pergaduhan dan pelbagai lagi kelakuan serta perbuatan yang ternyata tidak betul, mengapa orang kuat BERSIH ini sengaja mendiamkan diri semacam bersetuju teramat dengan apa yang berlaku...

Dimana Ambiga...Dimana NGO lain yang lantang mengutuk UMNO, Barisan Nasional serta Kepimpinan Kerajaan...

Mengapa diam membisu...

Adakah NGO ini kerjanya hanya untuk mengutuk sebelah pihak sahaja...

Ini lah sebenarnya yang berlaku dinegara kita ini dan NGO BERSIH telah menunjukkan tahap pemikiran yang hanya berpuak kepada satu-satu pihak sahaja...





KENAPA..MENGAPA DIAM SEAKAN BERSETUJU DENGAN APA YANG BERLAKU


# BOT's


** Aku Kata :

Perangai cenggini mmg biasa n mudah di agak cz sume tahu apa yang sebenarnya berlaku tapi "banyak" yang buat xreti malah menyokong plak...

Untuk aku senang je..diorang sume ni adalah spesis pengkhianat negara sebenarnya...

No comments:

Post a Comment