Welcome


widgeo.net

Thursday, 20 September 2012

Adakah Ini Yang Kita Mahukan...

Assalamualaikum WBT...

Kebelakangan ini kita semua telah 'disorongkan' dengan pelbagai hebahan samada yang kita suka mahu pun tidak, ada yang baik dan ada yang buruk dan kita sebagai 'end-user' terpaksa 'melalui' perkara-perkara tersebut dalam meneruskan perjalanan hidup kita...

Hmmm, ada yang hendak menggantikan Bendera Negara, sampai begitu sekali diorang nak lakukan...kenapa boleh jadi sampai macam ni, adakah diorang ni tak cukup pelajaran semasa belajar dahulu atau pun dah termakan 'sesuatu' dari sesiapa  yang berkenaan, hanya mereka yang tahu walaupun ada yang dah sedarkan diri tu tetapi ramai lagi yang belum dan masih tidak mahu menyedarkan diri masing-masing...



Apa kata jika 'puak-puak' yang sebegini, kita minta mereka lepaskan kerakyatan negara berdaulat ini dan pergi lah kemana-mana pun atau cari sahaja tempat lain dan buat negara sendiri dan buatlah apa yang diorang hendak buat, kalau dah berani nak tukar Bendera Negara, kenapa tak berani pulak nak lepaskan kerakyatan n buat negara sendiri kan...'this is a challenge to all U guys' tidak kira yang melakukannya atau pun yang menaja dan yang mengarahkan perlakuan tersebut...'dare it or not'...jika tiada keberanian, fikir-fikirlah sendiri ye...kihkihkih...

Yang terbaru pulak mengenai filem keluaran luar negara yang menimbulkan kemarahan orang Islam bukan sahaja di Negara Berdaulat ini tetapi berlaku diseluruh dunia...


Sepatutnya perkara ini dijadikan iktibar dan pelajaran oleh semua dan tidak melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan permasalahan kepada semua akan tetapi ada pulak 'pemimpin' yang menimbulkan masalah bilamana mempermainkan sensitiviti masyarakat Islam di negara ini...'pemimpin' kah orang atau individu yang sebegini, sepatutnya dia dikenakan tindakan yang sekeras-kerasnya kerana Islam adalah Agama rasmi Negara Berdaulat ini dan nampak sangat 'kebodohan melampau dan ego' daripada beliau yang kononnya seorang pemimpin... Tidak adakah apa-apa tindakan oleh 'orang-orang' dia sendiri atau pun ianya sengaja dilakukan untuk meraih sesuatu...
"only they knows"..

Banyak lagi yang berlaku untuk kita perhatikan dan ambillah yang baik dan berguna untuk kita jadikan sandaran dan mana-mana yang macam 'hampas' tu buangkan sahaja jauh-jauh...renung dan fikir-fikirkanlah...


   


*** Aku Sayang Agama Ku dan Aku Sayang Malaysia, Negaraku...