Welcome


widgeo.net

Friday 29 November 2013

PBS...Penambahbaikan atau...Tekanan...


PCJ tertarik dengan isu yang diutarakan oleh satu page di facebook iaitu page "Kami Mahu SPPBS Dimansuhkan"...

Bukan tertarik kerana apa tetapi tertarik akan isu yang dinyatakan iaitu berkemungkinan ada yang "memandai-mandai"...

Disini PCJ sertakan apa yang diutarakan oleh page tersebut untuk renungan dan seeloknya kita semua amati apa yang hendak disampaikan...

Jommm baca : ...


[Pembongkaran]

Admin ada dimaklumkan oleh seseorang yang berkenaan tentang asal usul PBS bermula dari seseorang yang berkedudukan "besar" dalam KPM yang berjaya CONVINCE Menteri Pendidikan berkenaan PBS.

Kisah PBS ini dimaklumkan kepada saya bahawa Yang Berkenaan telah pergi ke Australia iaitu ke sebuah Sekolah International yang menjalankan pembelajaran berkonsepkan PBS & yang seronoknya hanya ada 16 orang sahaja sekelas serta gurunya mengajar mengikut opsyen. Pada masa yang sama, setiap guru mempunyai pembantu iaitu kerani bernisbahkan 1:1.

Yang Berkenaan ini membawa idea PBS ini kepada Menteri dengan menyatakan PBS amat berkesan dan baik untuk menggantikan Sistem Peperiksaan yang digambarkan memberi TEKANAN kepada pelajar.

Persoalannya, apakah Yang Berkenaan ini bawa idea PBS ini seorang yang bijak atau sekadar.....??

Bandingkan apa yang ada di sekolah Antarabangsa dengan sekolah yang ada di Malaysia.. Mari kita bincangkan..

Satu Perkongsian = Satu Usaha = Satu Suara





Apa benarkah semua kajian telah dilakukan sebelum melakukan sesuatu dan tidak semestinya sistem yang dibuat di tempat lain boleh digunakan di negara kita...Tambahan pula sistem yang di katakan diambil dari sebuah sekolah "international" yang mempunyai bilangan pelajar yang tidak seberapa ramai dan sistem tersebut pula yang hendak dilakukan untuk sistem pendidikan negara kita...

Diharap perkara ini dapat diperhalusi untuk kebaikan semua pihak kerana ianya akan memberi impak kepada golongan Pengajar juga "end user" iaitu Pelajar kerana kita tidak mahu generasi akan datang kita hanyalah golongan yg sekadar "fill in the blanks" sahaja dan tenaga pengajar juga tidak hanya menyediakan "risalah" untuk diisi oleh para pelajar...


**Aku Kata :

Kalau hendak dibandingkan cara pembelajaran dahulu n sekarang memang ada penambahbaikan tetapi jangan lah "penambahbaikan" tersebut menjadi sesuatu yang "menakutkan" tenaga pengajar serta pelajar kerana jika diperhatikan ianya memang berlaku...

Dulu ada subject "dictation" dalam BI dan BM...dari situ kita dapat melihat dan tahu samada pelajar faham apa yang mereka tulis serta "kefahaman" mereka...