Welcome


widgeo.net

Wednesday, 9 April 2014

Selawat Perdana Malam Cinta Rasul...Salah Ke...Sesat...

Heboh diperkatakan sekarang ini bilamana Majlis Selawat Perdana Malam Cinta Rasul yang kini telah mencetuskan satu fenomena di seluruh negara dan sememangnya mendapat sambutan dan dihadiri oleh berpuluh ribu dan ada yang sampai keangka ratusan ribu yang mengikutinya samada secara langsung di mana-mana ianya diadakan atau pun mengikutinya di siaran televisyen...

Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah SWT yang memberi segala Keberkatan serta Rahmat NYA di bumi dan Negara Persekutuan Malaysia ini yang dipimpin oleh pemimpin Islam...





Akan tetapi, ada juga sebilangan golongan yang memperkecil dan mempermainkan program yang seperti ini dengan mengatakan yang ianya hanya membuang masa, salahkah kita memperingati dan berSelawat Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW...


Berselawat Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW adalah bukti kita menyayangi dan mencintai Baginda Rasulullah SAW dan rasanya memang indah sangat suasana yang diperlihatkan semasa program itu dijalankan...

Dan bersyukur juga kita semua kerana negara yang dipimpin oleh Pemimpin Islam bersama-sama menghadiri program seumpama ini yang diakhiri setiap program dengan Bacaan Doa Selamat untuk semua rakyat tidak mengira kaum serta mendoakan keselamatan negara tercinta...

Bagaimana pula dengan program Solat Hajat dan Mendoakan saudara sesama Islam yang dianjurkan oleh Kepimpinan Parti PAS sedikit masa dahulu...

Adakah program seumpama ini juga memberi keberkatan untuk semua dengan mendoakan kehancuran sesama saudara Islam yang lain...





Amat berlainan sekali suasana jika kita merenunginya didalam hati dan akal fikiran yang waras. Solat Hajat dan mendoakan biarlah yang untuk kebaikan seluruh Ummah serta negara, bukannya mendoakan untuk kehancuran dan huruhara tetapi itulah corak kepimpinan Parti PAS serta para pengikut yang sehingga kini masih berfikiran sebegitu rupa...

Majlis Selawat Perdana Malam Cinta Rasul diperkecilkan manakala Majlis Solat Hajat serta Bacaan Doa menghancurkan sesama Islam dan negara dibolehkan, mengapakah ini boleh terjadi...

Itulah yang terjadi bila Islam digunakan untuk kepentingan politik sempit semata-mata tanpa mengambil kira samada baik atau buruk sebarang perlakuan...

gambar ehsan dari :PPM

Bilamana Kepimpinan tertinggi Parti PAS sendiri mengandaikan sebegitu, bagaimana lagi para pengikut tegar yang terus mempercayai sepenuh hati tanpa menggunakan akal fikiran untuk berfikir mengikut kewarasan sebagaimana yang dituntut oleh Agama Islam yang sebenar...

Wallahu'Alam...


** Sumber : BOT's


Aku Kata :

Sendiri fikir lah mana yang elok n baik...

Yang elok n baik untuk semua, kita ikuti n memana yang kita rasa kurang elok tu, jauh-jauhkanlah diri tu sebab kita dianugerahi dengan otak serta akal fikiran oleh Allah SWT...

Jangan disalahgunakan untuk menganiayai orang lain mahupun diri kita sendiri...

Wallahu'Alam...



No comments:

Post a Comment