"It's their problem..not mine".. bak kata YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.. @najibrazak...
Jommm kita lihat mengapa...
Masalah dalaman parti dan masalah sendiri tetapi hendak menyalahkan dan memburukkan orang lain dan ini lah kalau dah dah menjadi spesis gila meroyan merabanteben...
Ada apa kene mengena dengan masalah dalaman seperti yang dikatakan hendak memantapkan parti tetapi rakyat yang telah mengundi dan memilih menjadi mangsa kerakusan individu dan pihak #SPR pula yang terpaksa mengeluarkan belanja yang bukan sedikit untuk mengadakan Pilihanraya Kecil (PRK)...
Itu semua wang rakyat tetapi memang ada sebilangan rakyat yang memang buta dan sanggup dibodohbangangkan untuk terus bersetuju diperkudakan hanya untuk kepuasan individu terbabit yang sememangnya menjadikan rakyat sebagai kuda tunggangan...
Jika ada sebab yang munasabah untuk diadakan PRK ianya tidak menjadi hal dan sememangnya perlu diadakan tetapi memang sudah nampak secara terang-terangan yang PRK terpaksa diadakan hanya untuk kepuasan spesis puak dan individu yang memang gilakan kuasa. Menggunakan demokrasi mengikut naluri yang jahat dan hanya mementingkan diri sendiri...
Sepatutnya ada undang-undang yang beri tindakan keras atau melucutkan taraf Yang Berhormat (YB) yang dengan sengaja mengosongkan kerusi hanya untuk memberi laluan mudah kepada individu yang lain. Apakah maknanya jika rakyat yang telah memilih tetapi DIKHIANATI oleh puak-puak yang seperti ini. Juga jika tetap hendak diadakan PRK, segala kos hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh pihak atau parti yang dengan sengaja mengosongkan kerusi...
Masalah dalaman parti sepatutnya diselesaikan didalam lingkungan parti itu sendiri serta menggunakan kos yang ditanggung oleh parti dan tidak sepatutnya ianya dijadikan isu rakyat setempat atau nasional dan menggunakan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya...
Kerajaan sedia ada masih ada banyak perancangan lain untuk memakmurkan rakyat dan sejumlah wang yang sepatutnya untuk kesejahteraan rakyat sudah tentu hangus dek kerana sikap manusia gila yang kononnya bercakap serta memperjuangkan nasib rakyat tetapi mengkhianati pilihan rakyat dengan jelas dan terang...
Inikah corak pemimpin yang kita semua mahu untuk menerajui Negara sedangkan masalah parti sendiri tetapi pihak lain yang terpaksa menanggung sepenuhnya. Bayangkan jika spesis seperti ini yang memimpin Negara, terus terang spesis ini akan menjual Negara ini kerana sememangnya kesanggupan untuk berbuat demikian memang ada asalkan mendapat serta berkuasa...
Aku Kata***
Aku memang bengang dan tidak bersetuju sebab ada spesis individu yang sebegini dan yakin bukan aku seorang sahaja yang merasakan begitu dan sepatutnya jenis-jenis ini dan yang sewaktu dengannya diharamkan terus dari bertanding dimana-mana PRU atau PRK...
AllahuAkbar...