Welcome


widgeo.net

Sunday, 4 March 2012

KITA - Manusia atau ...


Sejak dari kecil kita dijaga, ditatang, dibelai dan sebagainya oleh ibubapa kita, tatkala kita resah, dengan pantas mereka menjenguk kita. Kita semua dijaga dengan sepenuh kasih sayang melebihi diri mereka sendiri. Mereka memberi segalanya, tidak kira apa pun untuk menjadikan kita sebaik-baik dan sebagus-bagus manusia agar dapat kita mencurahkan  segala bakti  kita kepada keluarga, bangsa dan Agama...


Dari mula alam persekolahan hingga ke peringkat menengah kita diajar dan ditunjukkan mana yang betul dan mana yang  salah dan tatkala kita melangkah keperingkat yang lebih tiinggi iaitu di Universiti, mereka masih lagi memberi segala perangsang, pedoman hidup dan kata-kata semangat untuk kita berjaya sebagai seorang manusia yang berguna...

Tetapi apabila kita berjaya melepasi tahap tertinggi pendidikan, ada diantara kita yang ‘terlupa’ semua apa yang telah dicurahkan untuk kita selama ini dan hanya sebilangan  sahaja dari kita yang ‘terselamat’ dan sebilangan  lagi ‘tersasar’...


Bagaimana boleh terjadi sedemikian rupa...’Kita dah besar, pandai  dan boleh berbuat apa sahaja’, mana yang ‘terselamat’ tu selamat lah dia tetapi mana yang ‘tersasar’ itu bagaimana pula...

Kita dipertontonkan dengan pelbagai rentak kehidupan dan seharusnya kita ikut mana yang baik dan tinggalkan yang kurang baik. Itu yang sepatutnya kita lakukan. Tetapi ramai dari kita yang memilih “the negative side” hanya kerana mungkin ianya lebih “adventure & more action”, mungkin YA dan mungkin TIDAK tetapi andaikata kita tersilap pilihan, amatlah sukar untuk kita perbetulkan kesilapan  yang telah kita lakukan, ibarat kata ‘nasi sudah menjadi bubur’, memang bubur pun kita boleh makan tetapi nasi yang kita berkehendakkan dan beras yang kita basuh untuk dimasak menjadi nasi, lainlah kalau kita berkehendakkan ianya menjadi bubur...


Kembali semula kita kepada kedua ibubapa kita tadi, bilamana anak-anak berjaya  dengan cemerlangnya,  ibubapalah insan yang paling gembira dan segala penat lelah mereka ‘mengorbankan’ diri dan ‘mengutamakan’  kita telah kita balas dengan memberi mereka sebuah KEJAYAAN...



Tetapi bagaimana pula perasaan mereka jika kita hanya ‘separuh jalan’ ataupun berjaya melepasi dengan cemerlang tetapi tidak seperti yang mereka harapkan. Sudah tentu perasaan mereka hancur kerana kita tidak menjadi manusia teapi menjadi umpama “beruk” yang menyusahkan keluarga, saudaramara dan masyarakat sekeliling. Itu belum kira ‘malu’ ibubapa untuk berhadapan dengan masyarakat di sekeliling mereka...


Semua itu berpunca dari kita sendiri, bukannya salah asuhan atau didikan tetapi kita sendiri  yang tidak pandai memilih dan menilai yang mana kaca  dan yang mana permata. Tetapi masih belum terlambat untuk kita ‘kembali’ ke landasan yang seperti diinginkan oleh ibubapa kita iaitu berjaya sepenuhnya dan berbakti untuk generasi yang seterusnya dan bukan merosakkan lagi keadaan mereka...

Jika ibubapa kita masih ada ataupun tiada, itu bukan halangan atau sebab untuk kita tidak menggembirakan mereka kerana  setiap ibubapa  menginginkan kebaikan untuk anak-anak mereka.

Tepuk  dada tanya selera – untuk kita sahaja atau untuk Kita, Keluarga, Agama, Bangsa dan Negara...

Wallahu’alam...

1 comment:

  1. Aku tidak terlupa.Aku mempunyai kebebasan bersuara dan aku menyuarakan tentang kecintaanku terhadap bontot.

    ReplyDelete