Welcome


widgeo.net

Tuesday, 24 June 2014

BERSIH MEMBISU - SETUJU DGN SEGALANYA KE...

Apa sahaja yang membabitkan UMNO ataupun Barisan Nasional mahupun Kerajaan mesti ada yang nampak silapnya walaupun apa yang dilakukan itu adalah betul, elok demi seluruh rakyat mahupun untuk Negara. Pelbagai NGO akan bersuara termasuk BERSIH yang konon nya teramat bersih sehingga tiada satu pun calit kekotoran yang terpalit...

Akan tetapi, jika sesuatu yang memang ternyata buruk, salah laku serta pelbagai lagi kelakuan dan perbuatan yang dicetuskan oleh Parti Politik lain yang turut membabitkan sebahagian rakyat yang lain, NGO BERSIH ini semacam tidak nampak apa-apa pun atau bersuara mengutuk segala apa yang berlaku...

BERSIH la sangat kan...

Contoh terbaru adalah Pemilihan Peringkat Cabang Parti Keadilan Rakyat, pelbagai salahlaku, sogokan, penipuan pengundian, pergaduhan dan pelbagai lagi kelakuan serta perbuatan yang ternyata tidak betul, mengapa orang kuat BERSIH ini sengaja mendiamkan diri semacam bersetuju teramat dengan apa yang berlaku...

Dimana Ambiga...Dimana NGO lain yang lantang mengutuk UMNO, Barisan Nasional serta Kepimpinan Kerajaan...

Mengapa diam membisu...

Adakah NGO ini kerjanya hanya untuk mengutuk sebelah pihak sahaja...

Ini lah sebenarnya yang berlaku dinegara kita ini dan NGO BERSIH telah menunjukkan tahap pemikiran yang hanya berpuak kepada satu-satu pihak sahaja...





KENAPA..MENGAPA DIAM SEAKAN BERSETUJU DENGAN APA YANG BERLAKU


# BOT's


** Aku Kata :

Perangai cenggini mmg biasa n mudah di agak cz sume tahu apa yang sebenarnya berlaku tapi "banyak" yang buat xreti malah menyokong plak...

Untuk aku senang je..diorang sume ni adalah spesis pengkhianat negara sebenarnya...

Sunday, 22 June 2014

GEJALA SAMSENG & PAKATAN BERPISAH TIADA - PEMILIHAN CABANG KUALA LANGAT

Macam-macam kisah dengan Pemilihan Cabang Parti Keadilan Rakyat yang sedang berlangsung sekarang ini. Ada Cabang yang bergaduh sesama sendiri dan ada juga individu-individu yang samada digantung atau diberi amaran dan tidak kurang juga dengan satu demi satu penipuan serta pemberian imbuhan untuk individu tertentu hanya untuk kekal berkuasa...

Ini lah dia nama nya Parti Keadilan Rakyat. Adakah Keadilan dapat dipenuhi dengan cara sebegini...

Yang terbaru adalah Pemilihan Peringkat Cabang PKR Kuala Langat, Selangor yang dipenuhi dengan pelbagai provokasi sehingga tercetus pergaduhan sesama sendiri demi KUASA dan dengarnya ada yang sanggup mengupah sejumlah samseng untuk samada mengekalkan kuasa atau mengejar kuasa...

Ini baru diperingkat Cabang, tidak dapat dibayangkan apa yang akan dilakukan sekiranya mereka berkuasa dan rasanya negara yang harmoni ini tentu lagi teruk keadaannya...

Lihatlah sendiri beberapa keping gambar dibawah kerana ia dapat menceritakan segalanya...





Adakah semua ini "dihalalkan" atau sudah sememangnya parti tersebut dipenuhi dengan individu yang berperangai begini dan dimana serta kemana pemimpin tertinggi parti ini hendak membawa halatuju keahlian mereka jika beginilah cara yang ditunjukkan...

# BOT's


** Aku Kata :

Kalo yang dh kt atas tu perangai xsemenggah, apalagi la yg kt bebawah sume tu...

senang je nak tengok tahap pemikiran diorang sume nih, nk kata apa pon xguna gak cz masih ramai yg sememangnya buta hati dan masih bersama kumpulan yang sebegini...

My personal opinion, patutnya parti ni diharamkan terus cz bkn je memudaratkan rakyat serta keahlian tetapi akan memudaratkan keselamatan negara juga jika masih berpandangan yang mereka ni selalu je betul  n terlalu "maksum"...

Wallahu'alam...

Tuesday, 10 June 2014

DAP TINDAS PENGUNDI SENDIRI...

Ini yang dapat dilihat sekarang ini yang berlaku di Pulau Pinang dimana cara Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ketua Menteri YB Lim Guan Eng...

Secara sedar atau tidak mereka dengan sesuka hati melepaskan pegangan tanah negeri kepada pemaju yang ingin membuat keuntungan tetapi dengan mendiskriminasikan rakyat dan penduduk di Kg. Bagan Ajam...

Kenapa Ketua Menteri selaku Exco Tanah Negeri hanya berdiam diri sedangkan para penduduk yang rata-rata 100 % kaum Cina yang semestinya mengundi Pakatan Rakyat tetapi ditindas sebegini dengan hanya mendapat sedikit pampasan sedangkan pemaju akan dapat beratus kali ganda keuntungan dari kawasan tersebut...

Itulah diskiriminasi terhadap pengundi mereka sendiri dan bayangkan kalau mereka berkuasa didalam negara ini nanti, tidak dapat dibayangkan apa lagi yang mereka akan lakukan hanya untuk kepentingan diri serta kroni mereka yang rata-rata hanya mementingkan diri sendiri...

Kg. Bagan Ajam yang terdiri daripada 100% Kaum Cina dan sebanyak dalam 30 buah rumah yang mempunyai dalam 10 buah kedai yang diperlukan oleh penduduk setempat untuk urusan seharian dan juga mempunyai sebuah Balai Bomba Sukarela akan lenyap demi kerakusan kepimpinan yang rakus...



** BOT's

Aku Kata :

asik nk kata orang lain je xbetul kn n skrg ni tengok la sendiri, kalo orang n pengundi dia sendiri boleh kena main camtu, apa lagi kaum n bangsa yang lain n kalo masih xsedor diri gak...sendiri pikir la ye kehkehkeh...

Sunday, 1 June 2014

Tahniah Datuk Mah Siew Keong P.076 Teluk Intan...


Akhirnya terjawab sudah segala teka-teki mengenai siapa yang berhak menjadi Yang Berhormat P.076 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan. Pengundi Teluk Intan telah bersuara dan memilih siapa yang mereka percaya dan layak untuk menjadi wakil mereka...

Presiden Parti GERAKAN YB Datuk Mah Siew Keong yang merupakan anak jati Teluk Intan telah dengan rasminya menjadi Wakil Rakyat untuk P.076 yang mengalahkan calon dari Parti DAP dengan majoriti sebanyak 238 undi. Walaupon dilihat suatu kemenangan yang tipis akan tetapi jika diimbas kembali rekod Pilihanraya Umum yang lalu, ternyata Barisan Nasional telah berjaya mendapat mandat untuk menerajui Parlimen Teluk Intan...

Tahniah buat semua jentera Barisan Nasional tidak kira bertugas dimana jua yang tidak mengenal erti putus asa dengan memberi penerangan kepada setiap lapisan masyarakat di Teluk Intan untuk menyokong YB Datuk Mah Siew Keong dan sekalung tahniah juga buat seluruh pengundi Teluk Intan yang telah memilih calon dari Barisan Nasional untuk memimpin di Parlimen tersebut...

Jika direnungi segala yang berlaku sebelum dan semasa kempen dijalankan, ternyata kedua-dua calon serta penyokong masing-masing telah melakukan pelbagai cara untuk memenangi hati pengundi tetapi ternyata cara serta calon Barisan Nasional telah dapat menawan hati pengundi berbanding dengan calon DAP yang walaupon muda dan cantik tetapi amat kurang berpengalaman dan faktor utama adalah kerana DAP meletakkan calon Melayu tetapi tiada pendirian dan hanya menjadi "puppet"... 

Walau apa pun Barisan Nasional tetap yang terbaik dan unggul...


** BOT's

Aku Kata :

itulah akibatnya kalo ada Bangsa Melayu yang ingin nk jadi orang lain dan mengenepi serta menolak apa yang termaktub didalam perlembagaan Hak-hak Bangsa Melayu serta Pribumi yang lain n termasuk juga keceluparan mulut yang bercakap tanpa ada rasa bersalah memperjuangkan matlamat spesis #Komunis...