Diam tak diam, Negara telah melalui 12 Pilihanraya Umum bermula daripada tahun 1955 hinggalah tahun 2008. Pilihanraya Umum Majlis Perundangan yang diadakan pada 27 Julai 1955 adalah pilihanraya umum yang tunggal di Persekutuan Tanah Melayu ketika itu sebelum bertukar nama menjadi Persekutuan Malaysia pada 31 Ogos 1957. Pilihanraya yang pertama dikira daripada yang diadakan pada tahun 1959 dan seterusnya hinggalah yang Ke-12 pada tahun 2008 yang lalu.
Kita dapat melihat pelbagai parti politik yang memasuki gelanggang pilihanraya dengan menggunakan pelbagai lambang. Tetapi apa yang hendak dikatakan disini bukanlah soal lambang yang digunakan.
Mari kita lihat senarai parti-parti politik yang masih ada dan yang telah dibubarkan. Mengapa ada parti yang masih teguh dan ada yang rapuh ?
Barisan Nasional telah diasaskan pada tahun 1973 dan sehingga kini (2012) telah menjangkau 39 tahun penubuhannya dan ianya masih lagi berupaya berdiri dengan teguh walaupun pelbagai rintangan yang harus dihadapi. Manakala pesaing terdekat iaitu Pakatan Rakyat yang juga pernah dipanggil Barisan Alternatif pada tahun 1998, Barisan Rakyat dan akhirnya Pakatan Rakyat pada tahun 2008.
Barisan Nasional yang mempunyai pelbagai parti-parti politik yang membentuk satu pakatan yang mampan telah berjaya melakukan segala agenda transformasi mengikut aliran politik dan keadaan semasa dan seperti mana-mana kerajaan didunia ini memang sukar untuk memuaskan hati segenap lapisan masyarakat tetapi BN telah melakukan dengan sebaik mungkin menjaga kebajikan rakyat dan keamanan negara tercinta.
Berlainan pula dengan pesaing terdekat BN iaitu Pakatan Rakyat. Setelah menukar nama beberapa kali mereka masih belum dapat berkompromi secara jelas kerana masing-masing kelihatan mempunyai agenda-agenda yang berlainan dan mereka cuma bersatu hanya sebab 'dendam' kepada pihak lawan dan ingin menjatuhkan kerajaan sedia ada dengan menggunakan pelbagai cara dan helah. Sebenarnya mereka-mereka ini tiada hala tujuan melainkan ingin berkuasa sahaja. Kita dapat melihat apa yang telah mereka-mereka ini lakukan sekarang dimana ketidakadilan berlaku dengan seterang-terangnya.
Perbezaan yang jelas adalah Barisan Nasional adalah satu pakatan yang sah dan telah didaftarkan dan boleh juga diklasifikasikan sebagai 'sah taraf' manakala Pakatan Rakyat sehingga kini tidak didaftarkan secara sah sebagai satu pakatan, cuma hanya di bibir sahaja. Dari sini kita dapat melihat apa yang tersirat dan tersurat.
Walaubagaimanapun Pilihanraya Umum yang akan datang ini haruslah kita laluinya dengan hati yang terbuka dan yang penting pilihan kita itu sebenarnya bukanlah untuk kita tetapi ianya untuk generasi baru dan masa depan anak-anak bangsa kita agar mereka selesa seadanya.
No comments:
Post a Comment