Welcome


widgeo.net

Saturday, 24 November 2012

Perhimpunan Agung UMNO 2012...

Assalamualaikum wbt...


Ucapan Selamat Datang kepada semua Perwakilan dari Bahagian-bahagian dari seluruh negara ke Perhimpunan Agung UMNO 2012 dalam beberapa hari je lagi ni...tentunya bermacam perasaan yang bermain dalam perasaan Perwakilan mahupun Pemerhati yang hadir kelak...


Untuk apa ye Perwakilan yang secara otomatik dan yang 'terpilih' dari Bahagian-bahagian datang ke sini, adakah cuma datang memenuhkan kuota atau datang sekadar nak berjumpa kawan-kawan atau pun memenuhi ruang tempat duduk empuk didalam Dewan Merdeka dan mendengar segala-galanya nanti...

Perlu diingat apakah tugas seorang Perwakilan itu xkira yang secara otomatik ataupun yang dipilih...Sepatutnya apa yang mereka 'dapat' semasa Perhimpunan itu 'dipanjangkan' ke akar umbi tetapi berapa kerat yang berbuat demikian...Fikir-fikirkanlah ye !!!...

Setiap tahun perkara yang sama berulang, sama seperti penyakit keturunan yang tidak pernah tidak tinggal iaitu perangai yang sama je, gah dengan persalinan lengkap dan 'name-tag' Perwakilan tergantung dengan megah tetapi kat kawasan mana yang penuh ye...restoran, coffe-house, shopping mall dan sebagainya mungkin kn...


Cuba bayangkan para pemerhati yang penuh setia menunggu dan mendengar setiap hari walaupun tidak diberi kerusi yang empuk, sanggup berasak-asak memenuhi setiap ruang kosong sehingga nk berjalan pon terasa takut kot terpijak kaki dan tangan mereka yang duduk...berlainan pula dengan 'mereka-mereka' yang terpilih yang sanggup meninggalkan tempat yang dikhaskan dan membiarkan kelompok-kelompok kosong didalam dewan...

UNTUK APA SEBENARNYA MEREKA BERBUAT BEGINI...

Diantara Perwakilan dan Pemerhati yang sebegini, timbul persoalan...siapakah yang bergelar PEJUANG BANGSA...maaf la ye cz PCJ lebih memandang kepada 'pemerhati-pemerhati' yang begitu mengambil berat dan sanggup bersusah payah xmengira tempat untuk mendengar dan melihat serta mengambil tahu apa yang berlaku serta isu-isu semasa...kenapa jadi sedemikian, mungkinkah mereka yang juga dari kalangan akar umbi tidak mendapat apa-apa info dari Bahagian masing-masing...Wallahu'alam...


Banyak yang hendak diperkatakan tetapi rasanya cukuplah setakat ini cuma mana yang terbaca ni sampai-sampaikan lah kat PARA PERWAKILAN YANG TERPILIH agar merenung erti 'perjuangan' mereka...

Dan kalau boleh biarlah Perhimpunan Agung UMNO 2012 ini kita dapat menyaksikan tiada lagi ruang-ruang kosong yang memenuhi Dewan Merdeka dan menunjukkan sokongan padu kepada PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012 ini...


***aku kata...
rasanya penyakit keturunan ni mmg payah nak diubati cz diorang sume merasakan yang diorang ni 'besor'...tp xguna berlagak besor kalo otak tu 'kecik'

~ Bersatu ~ Bersetia ~ Berkhidmat ~

No comments:

Post a Comment