Welcome


widgeo.net

Saturday, 31 December 2011

Selamat Tahun Baru 2012

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengikuti samada secara terus atau pun tidak penulisan saya di sini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua rakan-rakan yang memberi saya sokongan selama ini dan tanpa semua itu tiada lah saya disini.

Disini juga saya memaklumkan yang saya hanyalah seorang penulis biasa dan bukannya sepenuh masa sebagai blogger dan menulis bila ada masa terluang sahaja. 

Kalau direnung kembali sepanjang Tahun 2011, kita dapat melihat pelbagai macam peristiwa yang berlaku, ada yang bagus dan tidak kurang juga yang tidak bagus. Seharusnya kita mengambil iktibar dan mengambil yang baik sebagai contoh dan hindarkan yang tidak memberi apa-apa manafaat kepada kita.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua dan agar mendapat keberkatan dari ALLAH SWT disepanjang tahun 2012 dan tahun-tahun mendatang.

Monday, 26 December 2011

HASAN ALI – MESTI KEKAL & KEMBALIKAN PAS BALIK SEMULA KE ASAL


Hasan Ali



Sebaik sahaja Hasan Ali, Harun Din menyertai PAS bersama beberapa tokoh Ilmuan Agama yang lain, PAS seakan mempunyai kekuatan yang luar biasa dan mampu mengalahkan sesiapa sahaja. Maklumlah sebab sudah mempunyai ‘komandan’ yang paling dihormati dan disegani oleh pelbagai pihak.

Tetapi apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan apabila PAS bergabung dengan DAP dan PKR. Segala perancangan untuk melaksanakan agenda telah pupus sebagaimana pupusnya slogan ‘Negara Islam’ yang ditukarkan kepada ‘Negara Kebajikan’. Bukankah Kerajaan Barisan Nasional telah menerap dan mempraktikkan agenda ini selama pemerintahannya dimana semua kaum serta golongan telah pun mendapat manafaat daripadanya. Apakah manafaat yang boleh diberikan kepada rakyat menerusi slogan baru PAS kerana ianya hanyalah lakonan semata-mata hanya untuk menunjukkan kepada ‘rakan-rakan’ mereka yang PAS telah berubah.

Segalanya terletak kepada keputusan DAP dan PKR dimana PAS hanyalah sebagai pak turut sahaja.

Kembali semula kepada Hasan Ali yang juga seorang Ilmuan Agama, beliau telah berjaya menaikkan taraf PAS tetapi hanya untuk sementara kerana secara terangnya, puak-puak Erdogan / Anwarinas didalam PAS telah berjaya ‘menakluki’ PAS seterusnya menidakkan keupayaan Hasan Ali serta Ilmuan Agama yang lain di dalam PAS. Kita boleh lihat, Majlis Syura PAS juga menyokong Hasan Ali. Selain itu Timbalan Mursyidul PAS, Harun Din juga tidak mendapat tempat di dalam Majlis Ulamak PAS.

Soalannya adalah kemanakah hala tuju PAS sekarang ? Adakah ianya untuk Agama, Bangsa dan Negara atau sekadar ‘penempel’ di Pakatan Rakyat yang kabur matlamatnya. DAP bersama chauvanis nya dan PKR hanya untuk menyelamatkan seseorang dan suka menimbulkan huru-hara.

Secara terus terang, aku tidak berapa setuju jika Hasan Ali dan rakan-rakan ingin keluar dari PAS dan menyertai UMNO kerana sepatutnya UMNO dan PAS bergerak bersama untuk menegakkan Agama, Bangsa dan Negara. UMNO boleh menjadi wadah orang Melayu dan PAS boleh menjadi kumpulan pendesak orang Melayu yang boleh mengembalikan kekuatan orang Melayu secara am nya tetapi apa yang terjadi sekarang – orang Melayu berpecah dan tiada kekuatan untuk menandingi kaum-kaum yang lain dan mereka dengan sewenang-wenangnya boleh meminta apa sahaja untuk kaum mereka dan ini bukan salah mereka. Sebenarnya mereka mendapat ‘kelulusan’ dari orang Melayu sendiri.

PAS pernah menuduh UMNO mengamalkan sekularisma tetapi jika dilihat sekarang ini, PAS lebih sekular dari UMNO sendiri hanya kerana ingin ‘berkawan’ dengan DAP dan PKR. Siapa yang untung dan siapa yang rugi. Ternyata bangsa Melayu itu sendiri yang rugi kerana berpecah.

Disinilah Hasan Ali boleh memainkan peranan beliau bersama Ilmuan yang lain untuk mengembalikan perjuangan PAS balik ke landasan yang sebenarnya. Jika beliau keluar, maknanya beliau telah melepaskan tanggungjawab beliau untuk Agama, Bangsa dan Negara dan puak Erdogan / Anwarinas secara keseluruhannya telah menguasai PAS dan dengan senang hati boleh merosak dan memalukan PAS itu sendiri.

Hasan Ali sepatutnya bekerja dengan lebih keras lagi bersama para sahabatnya untuk menidakkan perkara ini daripada berlaku kerana jika beliau meninggalkan PAS bermakna beliau telah mengaku kalah. Puak-puak Erdogan / Anwarinas sememangnya menunggu peluang untuk menjadikan PAS sebagai milik mereka sepenuhnya. Hasan Ali boleh melonjakkan kembali PAS kepada asalnya bersama yang lain dan menjadikannya sebagai pilihan kepada orang Melayu untuk lebih berjaya dan bergandingan dengan UMNO untuk kekuatan Agama, Bangsa dan Negara secara keseluruhannya.

Hasan Ali lah orangnya yang boleh melakukannya sekarang bersama rakan-rakan beliau yang lain di dalam PAS untuk mengembalikan PAS balik kepada asalnya.

Wallahu’alam…

Sunday, 18 December 2011

Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama...

Apa guna kita bangga menjadi Rakyat Malaysia jika kita dengan sewenang-wenangnya memburukkan negara kita sendiri dan 'menjual' nya kepada orang lain. Soal keselamatan negara bukan hanya terletak di bahu anggota keselamatan dan kepimpinan negara tetapi KITA, rakyat bumi dan tanah bertuah ini yang utamanya patut menjaga keselamatannya.

Ya, mungkin kita bukan tentera, polis dan sebagainya tetapi kita boleh melakukannya dengan cara kita sendiri tetapi dengan cara yang betul dan bukan menyalahgunakannya.Kita boleh melakukannya dengan menyokong kepimpinan yang ada dan juga jangan sekali-kali menidakkan keupayaan sistem pertahanan negara yang sememangnya baik dan akan diperbaiki dan ditambahnilai pada masa yang akan datang.

Jika ada yang berkata soal kos pertahanan negara yang tinggi, cuba kita fikir dan renung kembali, kos yang tinggi itu adalah untuk siapa dan kenapa, ianya adalah untuk kita juga yang bertujuan menjaga keamanan dan kepentingan negara dan rakyatnya. Kalau kita nk rumah kita sendiri cantik, menarik dan selesa, kita juga terpaksa mengeluarkan kos yang agak tinggi jugakan.

Soalnya sekarang janganlah bercakap ikut selera sendiri sahaja, Keamanan dan Ketenteraman mesti dijaga sebaik mungkin...


Welcome - The New CyberSpace

Assalamualaikum wbt...

Bermula episod baru dalam 'cyberspace' dimana PCJet akan memulakan 'pengembaraan' dan mengabadikan semua nya disini...

I Am Who I Am...