Hasan Ali |
Sebaik sahaja Hasan Ali,
Harun Din menyertai PAS bersama beberapa tokoh Ilmuan Agama yang lain, PAS
seakan mempunyai kekuatan yang luar biasa dan mampu mengalahkan sesiapa sahaja.
Maklumlah sebab sudah mempunyai ‘komandan’ yang paling dihormati dan disegani
oleh pelbagai pihak.
Tetapi apa yang dirancang
tidak menjadi kenyataan apabila PAS bergabung dengan DAP dan PKR. Segala
perancangan untuk melaksanakan agenda telah pupus sebagaimana pupusnya slogan
‘Negara Islam’ yang ditukarkan kepada ‘Negara Kebajikan’. Bukankah Kerajaan
Barisan Nasional telah menerap dan mempraktikkan agenda ini selama
pemerintahannya dimana semua kaum serta golongan telah pun mendapat manafaat
daripadanya. Apakah manafaat yang boleh diberikan kepada rakyat menerusi slogan
baru PAS kerana ianya hanyalah lakonan semata-mata hanya untuk menunjukkan
kepada ‘rakan-rakan’ mereka yang PAS telah berubah.
Segalanya terletak kepada
keputusan DAP dan PKR dimana PAS hanyalah sebagai pak turut sahaja.
Kembali semula kepada Hasan
Ali yang juga seorang Ilmuan Agama, beliau telah berjaya menaikkan taraf PAS
tetapi hanya untuk sementara kerana secara terangnya, puak-puak Erdogan / Anwarinas
didalam PAS telah berjaya ‘menakluki’ PAS seterusnya menidakkan keupayaan Hasan
Ali serta Ilmuan Agama yang lain di dalam PAS. Kita boleh lihat, Majlis Syura
PAS juga menyokong Hasan Ali. Selain itu Timbalan Mursyidul PAS, Harun Din juga
tidak mendapat tempat di dalam Majlis Ulamak PAS.
Soalannya adalah kemanakah
hala tuju PAS sekarang ? Adakah ianya untuk Agama, Bangsa dan Negara atau
sekadar ‘penempel’ di Pakatan Rakyat yang kabur matlamatnya. DAP bersama
chauvanis nya dan PKR hanya untuk menyelamatkan seseorang dan suka menimbulkan
huru-hara.
Secara terus terang, aku
tidak berapa setuju jika Hasan Ali dan rakan-rakan ingin keluar dari PAS dan
menyertai UMNO kerana sepatutnya UMNO dan PAS bergerak bersama untuk menegakkan
Agama, Bangsa dan Negara. UMNO boleh menjadi wadah orang Melayu dan PAS boleh
menjadi kumpulan pendesak orang Melayu yang boleh mengembalikan kekuatan orang
Melayu secara am nya tetapi apa yang terjadi sekarang – orang Melayu berpecah
dan tiada kekuatan untuk menandingi kaum-kaum yang lain dan mereka dengan
sewenang-wenangnya boleh meminta apa sahaja untuk kaum mereka dan ini bukan
salah mereka. Sebenarnya mereka mendapat ‘kelulusan’ dari orang Melayu sendiri.
PAS pernah menuduh UMNO
mengamalkan sekularisma tetapi jika dilihat sekarang ini, PAS lebih sekular
dari UMNO sendiri hanya kerana ingin ‘berkawan’ dengan DAP dan PKR. Siapa yang
untung dan siapa yang rugi. Ternyata bangsa Melayu itu sendiri yang rugi kerana
berpecah.
Disinilah Hasan Ali boleh
memainkan peranan beliau bersama Ilmuan yang lain untuk mengembalikan
perjuangan PAS balik ke landasan yang sebenarnya. Jika beliau keluar, maknanya beliau
telah melepaskan tanggungjawab beliau untuk Agama, Bangsa dan Negara dan puak
Erdogan / Anwarinas secara keseluruhannya telah menguasai PAS dan dengan senang
hati boleh merosak dan memalukan PAS itu sendiri.
Hasan Ali sepatutnya bekerja
dengan lebih keras lagi bersama para sahabatnya untuk menidakkan perkara ini
daripada berlaku kerana jika beliau meninggalkan PAS bermakna beliau telah
mengaku kalah. Puak-puak Erdogan / Anwarinas sememangnya menunggu peluang untuk
menjadikan PAS sebagai milik mereka sepenuhnya. Hasan Ali boleh melonjakkan
kembali PAS kepada asalnya bersama yang lain dan menjadikannya sebagai pilihan
kepada orang Melayu untuk lebih berjaya dan bergandingan dengan UMNO untuk
kekuatan Agama, Bangsa dan Negara secara keseluruhannya.
Hasan Ali lah orangnya yang
boleh melakukannya sekarang bersama rakan-rakan beliau yang lain di dalam PAS
untuk mengembalikan PAS balik kepada asalnya.
Wallahu’alam…
No comments:
Post a Comment