Welcome


widgeo.net

Wednesday 12 December 2012

#JHEVBantuVeteran - Peralatan Sokongan Dan Perubatan


Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM8.1 juta sepanjang tahun lepas bagi membantu bekas-bekas anggota tentera dan keluarga mereka yang menghidap pelbagai jenis penyakit.



Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM, Siti Normah Abdul Aziz berkata, seramai 3,072 veteran tentera dan tanggungan mereka telah menerima bantuan itu dalam bentuk sara hidup serta peralatan sokongan dan perubatan.

Beliau berkata, peralatan sokongan itu termasuk kerusi roda, tilam katil dan peralatan perubatan seperti bateri untuk jantung bagi mengurangkan bebanan dan penderitaan mereka...

"JHEV tidak pernah mengabaikan bekas tentera dan sentiasa mengenang jasa mereka dengan mengambil berat mengenai kebajikan kerana kita tidak mahu mereka hidup menderita," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan peralatan kerusi roda, katil dan tilam kepada Firdaus Saad, 13, anak bekas Staf Sarjan Saad Ahmad yang lumpuh akibat pendarahan dalam otak di Felda Sertik di sini, hari ini.

Siti Normah turut menyampaikan peralatan yang sama kepada bekas tentera, Koperal Mohd Lazim Salleh, 77, yang lumpuh akibat terjatuh dalam bilik air di rumahnya di Kampung Teluk Ira, Temerloh.

Menurut beliau, bantuan yang dibekalkan tidak mempunyai had tertentu sebaliknya bergantung kepada peralatan yang diperlukan oleh pesakit.

Katanya, veteran tentera juga diberikan bantuan bagi perjalanan untuk mendapatkan rawatan di hospital selain JHEV turut menghulurkan bantuan persekolahan dan melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada anak-anak dan tanggungan mereka.

sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment