Tidak ada pihak yang mampu menyangkal jasa-jasa mereka yang pernah
berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia. Jasa mereka yang pada negara
sememangnya amat besar. Mereka ibarat tiang seri yang kukuh berzaman dalam
mempertahankan negara
Justeru itu mereka yang pernah berkhidmat atau kini bergelar veteran
ATM perlu diberi penelitian yang besar – sebesar pengorbanan mereka pada
negara. Ini amat besar ertinya kepada warga ATM dan kehadiran Jabatan Hal Ehwal
Veteran ATM atau JHEV ini membuktikan bahawa pahlawan kita sentiasa terbela
nasib mereka kerana jasa dan perjuangan mereka yang tidak pernah luntur dan
sentiasa berjuang.
JHEV memberi erti besar kenapa nasib-nasib veteran tertera. Kehadiran
JHEV menjadi ukuran betapa penghargaan terhadap wira negara ini berterusan dan
sentiasa dalam pengawasan kerajaan Malaysia untuk memastikan JHEV terus dapat
bertindak sebagai penyentuh utama bagi membela nasib mereka yang kini bergelar
veteran ATM.
Penubuhan JHEV adalah untuk menjadi “one stop center” bagi membantu
veteran ATM dalam meneruskan kehidupan selepas bersara dari Angkatan Tentera
Malaysia. JHEV memainkan peranan penting untuk membantu veteran ATM dalam semua
isu termasuk sosio ekonomi dan bantuan segera yang melibatkan kebajikan mereka.
Sejak memulakan operasi rasmi pada tahun 2001, JHEV mula mengorak
langkah menjadi sebuah jabatan yang mengambil sikap khusus untuk membantu
bekas-bekas pesara ATM dalam menyediakan ruangan seluas mungkin untuk mereka
memulakan hidup di luar kehidupan Angkatan Tentera Malaysia.
JHEV dalam melaksanakan tanggungjawab sedar bahawa perkara khususnya
yang perlu dilakukan adalah untuk memastikan kedudukan sosio ekonomi pesara ATM
terjamin. Mereka yang mahu mencari ruangan pekerjaan selepas tamat bekerja
dengan ATM akan dibantu oleh JHEV. JHEV akan memulakan tugas utama dengan
mengemukakan taklimat persediaan persaraan bagi menyiapkan warga ATM yang akan
bersara berhadapan dengan cara baru pengurusan kehidupan mereka di luar
angkatan tentera. Satu Bahagian di tubuhkan semata-mata untuk tujuan ini.
Bahagian Latihan dan Penempatan (BLP) adalah bahagian yang akan memainkan
peranan utama untuk menjadi perantara menjodohkan pekerjaan dengan warga
veteran ATM di samping menyediakan program-program yang melibatkan penerangan
kepada mereka yang melangkah keluar dari ATM dan menjadi veteran ATM.
Tindakan ini perlu dilakukan sebelum seseorang itu melangkah menjadi
veteran ATM serta terbuka kepada kehidupan baru di luar ATM. Usaha pertama
adalah melengkapkan mereka dengan penjangkaan hidup di luar ATM agar mereka
dapat diresapkan kepada budaya kehidupan baru di luar ATM. Sekiranya dilihat
secara kasar JHEV menjadi pintu terakhir sebelum melangkah keluar dari ATM dan
bergelar veteran dalam ATM. Peranan ini penting untuk membuktikan bahawa
sentuhan JHEV kepada veteran ATM tetap wujud sebagai jabatan yang akan melihat
dan membantu mereka di luar ATM.
sumber : SiNisMaLaySia
sumber : SiNisMaLaySia
No comments:
Post a Comment