Dikala Negara berhadapan dengan segala macam situasi samada yang menggembirakan mahupun yang mendukacitakan namun, janganlah kita lupa bahawasanya hanya Allah SWT tempat kita mengadu segalanya sambil kita berusaha memohon KeredaanNYA..
Hendaklah kita bersama-sama beringat tiada kekuatan lain selain kekuatanNYA dan tiada kecintaan lain selain mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW KekasihNYA...
Subhan'Allah...
Malam ini adalah sejarah, Putrajaya bersaksikan Persekutuan Malaysia Berselawat mencintai Allah SWT dan RasulNYA SAW...
Doa-doa dititipkan untuk kesejahteraan rakyat,
tanpa mengenal fahaman politik mahupun parti...
Yang ada hanya Allah SWT dan Rasulullah SAW di hati kita semua...
Alhamdulillah...
Ya Allah,
Kami sejahterakanlah dan satukan lah kami semua di bawah Panji KalimahMu yang Agung berserta RahmatMu yang amat Luas...
Ya Allah,
Kami amat bersyukur kepadaMu kerana dengan izin dan limpah kurniaMu lah maka mampu kami berada disini bersama-sama para pemimpin-pemimpin kami untuk memujiMu dan menunjukkan kasih kami kepada KekasihMu, Insan Teragung...
Ya Allah,
Kau Rahmatilah pemimpin-pemimpin kami khususnya YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri yang turut bersama mengimarahkan majlis ini dan amat teguh dalam memartabatkan AgamaMu di bumi Persekutuan Malaysia yang bertuah ini...
Ya Allah,
Kurniakanlah kepada pemimpin-pemimpin kami ini kekuatan dan kerahmatan dalam mengnakhoda negara ini dalam menghadapi cabaran dan dugaan mendatang...
Ya Allah,
Kau jauhkanlah musuh-musuh kami yang amat memusuhi kami dalam mempertahan dan memartabatkan AgamaMu di bumi Persekutuan Malaysia ini...
Ya Allah,
Tunjukkanlah kebenaran buat seluruh rakyat dan jauhilah kami dari fitnah manusia yang berhati kotor dan penuh kekufuran dan kepura-puraan...
Ya Allah,
Kepada Engkau kami bersujud, tiada yang lain selain Engkau Maha Pengasih dan Penyayang Lagi Maha Mengasihani dan Pengampun...
Aamiinnn Ya Rabbal 'Alaminnn...
Aku Kata :
Serendah atau setinggi manapon kedudukan, jawatan kita..jangan kita lupa kepada Maha Pencipta Sekelian Alam..Allah SWT serta selalulah Berselawat Keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW...
Hanya kepada NYA kita berserah dan jangan bersujud kepada yang lain selain dari NYA...
Sumber : BOT's
No comments:
Post a Comment