Welcome


widgeo.net

Saturday, 8 March 2014

Sediakan Payung...Untuk Apa...

Jika perhatikan tajuk di atas tentu akan terfikir kenapa begitu tajuknya kan...

Ok..jommm kita lihat apa kene mengena dengan tajuk tersebut...

Seperti biasa perumpamaan seperti "sediakan payung sebelum hujan" memberi erti yang kita kena menyiapkan diri sebelum berlaku sesuatu walaupon jika semasa hujan, payung yg memayungi kita akan memercikkan air hujan kepada orang lain jarang yang mengambil kira situasi sebegini...Janji kita tidak basah dek hujan kan...


It goes like these...

Kenapa Pilihanraya Kecil N.25 Kajang hendak diadakan or memaksa diadakan... (lihat tajuk balik)...Adakah PRK tersebut perlu diadakan kerana baru beberapa bulan Pilihanraya Umum berlalu n pengundi telah memilih siapa yang mereka hendak n tidak kira lah dari calon BN atau PR. Pemilihan telah berlaku, kenapa perlu memaksa seseorang yang telah dipilih untuk melepaskan jawatan hanya kerana meletakkan individu yang lain...Ternyata proses demokrasi dipermainkan dengan sewenang-wenangnya...

Kenapa ???

"Sediakan Payung..Untuk Apa"... pada pemerhatian aku, ini ada kene mengena dengan perumpamaan tersebut. Rasanya N.25 Kajang hanya satu platfom untuk mencetuskan sesuatu kerana pada aku bukan jawatan atau title YB N.25Kajang yang dikejar atau diimpikan walaupon mungkin ianya akan menjadi bonus jika berjaya. Ianya lebih kepada untuk mencetuskan perasaan marah rakyat, perasaan ketidakpuasan hati semua pihak juga untuk menarik perhatian umpama undi simpati dan sebagainya...Jika kita sendirilah, kita tau sesuatu akan terjadi, seharusnya kita akan melakukan sesuatu untuk melindungi diri kita walaupon orang atau pihak lain yang akan terkena, nama pon manusia kan...

Umum mengetahui dan individu tersebut juga mengetahui yang proses mahkamah akan berlaku dalam masa yang telah dijadualkan n sudah tentu individu tersebut bersama golongan "peminat" beliau akan berbuat sesuatu seperti "menyediakan payung"...

Suruhanjaya Pilihanraya juga memperuntukkan dalam 60 hari selepas berlaku kekosongan dimana-mana Kerusi akan diadakan PRK, golongan tersebut sudah tentu yang terdiri sebilangan besarnya dari majlis peguam sudah nampak perkara ini dan rasanya N.25 Kajang menjadi taruhannya, bukan untuk apa tetapi hanya "mock-up strategy" untuk mendapat simpati kerana dah tentu tahu apa keputusan yang pihak mahkamah keluarkan...

Bila keputusan sebegitu rupa dikeluarkan, sudah tentu individu tersebut tidak boleh menjadi calon di N.25 Kajang dan beliau sendiri telah sedia maklum mengenai perkara ini tetapi seperti yang dikatakan tadi, peduli apa "percikan" yang mengenai pihak lain atau pihak sendiri, yang utamanya hati dan keinginan sendiri diutamakan...

Dan kepada pihak lawan mungkin akan berfikir kerja menjadi mudah sementara pihak individu tersebut merasakan yang mereka berjaya dengan perencanaan tersebut sebab kemungkinan akan berlaku sedikit huruhara kerana individu tersebut tidak dapat untuk menjadi calon nanti dan memang mereka telah bersedia tahu tentang itu. Sementara itu, pihak-pihak individu itu akan memainkan sentimen bencikan Kerajaan dan Sistem Kehakiman dan mengutuk segala yang boleh untuk menarik pandangan semua tetapi keadaan sebenar yang mereka cuba tutupi dengan merencanakan semua ini di nafikan dengan sekeras-kerasnya...SOP seperti pemikiran golongan ini amat senang hendak dibaca dan difahami sebab bkn perjuangan sejati tetapi hanya perjuangan memperjuangkan seseorang individu yang memang ternyata tamakkan kuasa walaupon tahu diri itu tidak sebaik mana pon...

Rakyat yang akan menjadi mangsa "permainan" kotor yang sebegini tetapi apa golongan seperti ini hendak berasa hairan dan kesian kan rakyat kerana mereka tahu rakyat akan memihak kepada mereka dan pada aku, hanya rakyat yang bodoh sahaja yang akan berfikir begitu...


**Aku Kata...

Semua ini adalah dari pemerhatian aku sendiri dan aku cakap dan menulis apa yang aku nampak...kalo korang boleh cakap apepon..aku pon boleh gak kn kehkehkeh...

No comments:

Post a Comment