Welcome


widgeo.net

Sunday, 11 May 2014

Pilihanraya Kecil P.51 - Kronisma Dipraktikkan...




Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mengumumkan calon bagi Pilihanraya Kecil Bukit Gelugor P.51 yang akan diadakan nanti berikutan kematian mendiang Karpal Singh, penyandang bagi Kerusi Parlimen P.51 sebagai calon pilihan yang dipersetujui Pakatan Rakyat...

Calon tersebut tidak lain tidak bukan adalah anak kepada mendiang Karpal Singh sendiri iaitu Ramkarpal Singh juga seorang peguam yang turut serta membantu  dalam menyediakan kata-kata dan ucapan mendiang bapanya dan membantu dalam tugasan harian mendiang...

Pencalonan Ramkarpal Singh turut mendapat persetujuan dan sokongan penuh abang beliau, Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen Puchong yang turut mengatakan adik beliau adalah calon yang paling sesuai untuk mengisi kekosongan Kerusi Parlimen tersebut...


Sokongan juga diberikan oleh Mohamad Sabu yang juga dikenali umum sebagai Mat Sabu iaitu Timbalan Presiden Parti PAS yang menyifatkan itu adalah pilihan terbaik Pakatan Rakyat...


Masalahnya hmmm dah tidak ada orang lain ke yang hendak diketengahkan atau terpaksa kerana masih terikat atau hendak menggunakan "nama dan keturunan" yang sama. Bukankah ini juga satu bentuk kronisma yang selalu mereka sendiri mengatakannya jika ada dikalangan pihak lain yang melakukan sebegitu...

Tetapi nampaknya mereka sendiri yang melakukan perkara yang pernah mereka tentang sebelum ini. Bukan sahaja didalam Parti DAP sendiri yang menjadikan susur galur keturunan untuk memegang kuasa malah lebih teruk lagi Parti Keadilan Rakyat juga mempunyai citarasa yang sama...

lihat pautanfreemalaysiatoday

** BOT's


Aku Kata :

Selalu je mengata orang lain xbetul n amalkan kronisma kan tp spesis yang cam diorang ni bkn aje kronisma tp siap susun atur keturunan lagi kehkehkeh...

Nampak sangat "ketidakadilan" kepada sebilangan besar keahlian yang lain yang sedikit demi sedikit tidak mendapat keadilan yang sepatutnya dan seperti biasa para penyokong puak2 penganut ni membutakan mata dan membutatulikan pandangan mata terhadap apa yang berlaku kehkehkeh...

Satu lagi mamat sorang tu, kenapa masa isu Hudud heboh diperkatakan, dia senyap je xbersuara tetapi dalam hal yang camni dia plak yang jadi jurucakap menyokong sehabis hati hahaha...owhhh lupa plak, kan dia duk kat bawah ada orang tu n dpt plak duk kat satu lembaga tu n masyuuukkk n mestilah SETIA kat tuan dia kn kihkihkih...

Agak2 sape ye yang akan mengisi kekosongan Pengerusi DAP tu nanti hahaha, kita tgok kn aje ye :)

No comments:

Post a Comment