Welcome


widgeo.net

Monday, 5 May 2014

Pemilihan PKR 2014 atau Penipuan Yang Di Rancang...



Pemilihan Parti Keadilan Rakyat 2014 telah pun bermula dan bermacam ragam dapat kita lihat bagaimana pengurusan mereka menjalankan tugas samada sebagai ahli, calon mahu pun jawatankuasa pemilihan yang dilantik utk menguruskan pemilihan di semua peringkat Cabang...

Segenap peringkat parti ini selalu mempertikaikan apa sahaja termasuk mempertikaikan cara Pemilihan UMNO serta SPR menjalankan pemilihan serta semasa Pilihanraya Umum atau pun Pilihanraya Kecil tetapi sebenarnya mereka ini lebih teruk lagi dan bermacam muslihat digunakan untuk memastikan apa yang dihajati terlaksana...


Gambar menceritakan segalanya...

Disebalik menuduh pihak lain melakukan bermacam penipuan tetapi mereka sendiri yang melakukannya...


Ketidakpuasan hati semua keahlian mencetuskan pelbagai keadaan dan pemandangan yang selalu dikatakan berjalan didalam suasana yang penuh harmoni tetapi berlaku disebaliknya...

Inikah contoh kepimpinan yang hendak mentadbir negara sedangkan didalam parti sendiri berlaku sebegini dan rasanya jika mereka ini dapat mentadbir negara nescaya akan musnah segala apa kemajuan serta kenikmatan yang telah diadakan untuk segenap lapisan masyarakat...

Inikah yang kita mahukan...Tidak sesekali...


Berlaku juga kehilangan nama calon yang ingin bertanding disatu-satu jawatan dan kehilangan tersebut dipercayai kerana protes dari penyandang jawatan tersebut, mengapa yang ingin bertanding tidak dimaklumkan samada beliau disahkan sebagai calon atau tidak tetapi hanya mengetahui nama tiada didalam senarai yang bertanding pada hari pengundian...

Ketulusan dan keharmonian apa yang hendak ditunjukkan ini...



Seperti yang diulas sebentar tadi, mereka sentiasa menuduh pihak lain melakukan pelbagai penipuan akan tetapi lihat sahaja sendiri apa yang mereka lakukan, ini baru diperingkat Cabang...

Jika diperingkat sebegini sudah berlaku kekecohan yang menjadi tandatanya kepada setiap ahli yang layak untuk memilih, bagaimanakah diperingkat seterusnya...


Ini satu lagi tanda ketidakpuasan hati, walaupon berselindung disebalik NGO yang dikatakan tidak berpihak kepada mana-mana parti politik tetapi kita semua tahu siapa ketua serta apa agenda mereka kerana selalu sahaja bersama parti ini melakukan pelbagai provokasi...

Tetapi walaupun begitu, tetap mereka merasakan ketidakpuasan hati kepada kepimpinan yang menjadi idola mereka dan mereka sendiri yang berkata begini kerana tahu dan syak waasangka ada "permainan" atau "pembelian" undi untuk sesuatu jawatan serta individu...

** Sumber : BOT's


Aku Kata :

Dalam kesibukan puak-puak ni mengata dan menuduh pihak lain tetapi mereka sendiri yang melakukannya...

Tak payah lah nk menuding jari kalo rumah sendiri pon tak tau nk jaga n kepimpinan tertinggi korang pon sama je cam merestui semuanya kehkehkeh...

Ada Ketua Umum lantikan diri sendiri pon dah mengalahkan presiden parti padahal presiden yang tertinggi tp biasalah, lagi seronok jadi puppet or dummy je kn cz tertubuhnya parti ni pon bukan utk rakyat tp untuk melepaskan seseorang yg gilakan kuasa...



No comments:

Post a Comment