GEORGETOWN: Parti yang tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor tidak boleh mempamerkan logo mereka sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kerana ia adalah satu kesalahan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 2012.
PRK Parlimen Bukit Gelugor menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon calon DAP, Ramkarpal Singh Deo; calon PCM, Datuk Huan Cheng Guan; dan dua calon Bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar dan Abu Bakar Sidek Mohd Zan. (Berita Harian Online)
Berita Harian Online
Lihat Pautan...
Logo Parti Tidak Bertanding Tidak Dibenarkan
Kenapa dan mengapa MCA tidak bertanding pada Pilihanraya Kecil P.51 ? Pelbagai persoalan yang ditimbulkan, adakah ini cuma satu "mind n political games" kerana ada calon yang menyokong BN bertanding ataupun adakah MCA sendiri yang takut kerana tidak percaya kepada kemampuan sendiri untuk mendapatkan sokongan dari kaum Cina itu sendiri...
Jika melihat pautan dari Berita Harian Online di atas, bermakna tidak dibenarkan dan tiada bendera atau apa-apa yang berkaitan dengan lambang Barisan Nasional akan kelihatan semasa PRK P.51 nanti dan adakah ini yang MCA hendakkan...
Walaupon BN memberi sokongan kepada salah satu parti yang bertanding akan tetapi tetap akan memberi impak besar kepada BN itu sendiri dan sudah tentu ianya akan diperkatakan kerana BN tidak diwakili oleh calonnya sendiri...
** BOT's
Aku Kata :
It's true that it's a political game but don't make a game out of politics jz to be popular or wanted to play safe due to not ready taking up challenges or votes from own community...
No comments:
Post a Comment