Welcome


widgeo.net

Wednesday, 12 December 2012

#JHEVBantuVeteran - Bantuan-Bantuan Untuk Warga Veteran ATM


Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan JHEV diwujudkan bertujuan meringankan beban tanggungan sara hidup Veteran ATM serta keluarga berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Skim bantuan ini hanyalah bersifat sementara sahaja.


JENIS-JENIS SKIM BANTUAN

Bantuan Sara Hidup
  • Skim ini bertujuan memberi bantuan kewangan bulanan bagi meringankan beban tanggungan sara hidup Veteran ATM dan tanggungan mereka yang dhaif, uzur, hilang upaya dan menghidap penyakit kronik berdasarkan kelayakan mengikut kiraan PGK yang ditetapkan.
  • Kadar bantuan maksimum sekeluarga ialah RM300.00 sebulan.
  • Skim ini juga meliputi balu dan anak yatim piatu kepada Veteran ATM yang telah meninggal dunia...

Bantuan Persekolahan Bantuan Persekolahan JHEV
  • Bertujuan membiayai anak-anak Veteran ATM yang kurang mampu untuk meneruskan pelajaran mereka di peringkat rendah dan menengah berasaskan kelayakan mengikut kiraan PGK yang ditetapkan.
  • Kadar bantuan adalah RM500.00/setahun bagi sekolah rendah dan RM700.00/setahun bagi sekolah menengah.

Bantuan Peralatan Pesakit
  • Skim ini bertujuan memberi bantuan kewangan sekaligus kepada Veteran, isteri dan tanggungan untuk membeli peralatan bantuan sokongan seperti kerusi roda, tongkat, katil, tilam dan sebagainya.
  • Kadar bantuan maksimum RM5,000.00/sekaligus.
  • Setiap permohonan hendaklah disertakan laporan/memo perubatan dari Pegawai Perubatan Kerajaan berkaitan peralatan yang diperlukan beserta dengan sebut harga dari pembekal.
  • Bagi tuntutan bayaran balik peralatan, pemohon hendaklah mengemukakan resit asal pembelian dan permohonan hendaklah dibuat tidak melebihi tempoh setahun dari tarikh pembelian alat berkenaan.

Bantuan Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
  • Skim bantuan kemasukan ke IPTA ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan ketika pendaftaran kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam bagi anak-anak Veteran ATM sebagai memberi galakan dan motivasi untuk meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi.
  • Pemohon hanya layak menerima satu kali bantuan sahaja sama ada di peringkat  diploma dengan kadar RM1000 atau ijazah RM1500.

Bantuan Bencana Alam
  • Skim ini bertujuan memberi bantuan kewangan sekaligus untuk meringankan kesusahan, kerosakan kepada rumah kediaman yang dialami bencana alam seperti ribut, kebakaran dan sebaginya.
  • Kadar bantuan maksima adalah RM5000 atau 10% dari jumlah kerugian.
  • Permohonan mesti disokong dengan bukti/laporan rasmi pihak berkuasa seperti JKKK, penghulu, ADUN, polis atau bomba. 

sumber: JHEV

#JHEVBantuVeteran - Veteran ATM Terima Bantuan


Kementerian Pertahanan meminta Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) dan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) mengkaji semula bantuan yang boleh diberi kepada pesara tentera yang tidak berpencen berumur 60 tahun ke atas.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini kerana kebanyakan veteran tidak berpencen terdiri daripada mereka yang berumur 60 tahunke atas.

“…40 peratus iaitu kira-kira 70,000 daripada 175,000 ialah bekas pesara yang berumur 60 tahun ke atas,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan program pembangunan sosiekonomi veteran Angkatan Tentera Malaysia tidak berpencen di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Khamis.

Justeru, Ahmad Zahid meminta Perhebat dan JHEV meneliti bentuk bantuan yangboleh diberi kepada golongan tersebut...

“Saya melihat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) perlu memikirkanbayaran sekali kepada veteran tidak berpencen, termasuk yang berumur 60 tahun keatas,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata satu perbincangan akan dilakukan antarakementeriannya dan LTAT serta Kementerian Kewangan untuk mencari formula yangsesuai untuk melaksanakan bantuan itu.

Mengenai bantuan pinjaman kepada pesara tentera yang ingin memulakan perniagaan, Ahmad Zahid berkata mereka boleh mendapatkan pinjaman sehingga RM50,000 dengan mengemukakan permohonan kepada Perhebat yang kemudiannya akandiusulkan kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun). 

“Kepada mereka yang ingin mengembangkan lagi perniagaan yang sedia ada,pinjaman juga boleh dibuat,” katanya.

Ahmad Zahid berkata pinjaman itu adalah di bawah peruntukan sebanyak RM50 juta oleh kerajaan kepada Perhebat di bawah Bajet 2012 bagi membantu veteran tentera merubah tahap kehidupan dan sosioekonomi mereka serta keluarga. - BERNAMA


MALAYSIA NEWS VETERAN ATM MENERIMA BANTUAN

#JHEVBantuVeteran - Setelah Bersara dari ATM


Tidak ada pihak yang mampu menyangkal jasa-jasa mereka yang pernah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia. Jasa mereka yang pada negara sememangnya amat besar. Mereka ibarat tiang seri yang kukuh berzaman dalam mempertahankan negara 

Justeru itu mereka yang pernah berkhidmat atau kini bergelar veteran ATM perlu diberi penelitian yang besar – sebesar pengorbanan mereka pada negara. Ini amat besar ertinya kepada warga ATM dan kehadiran Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM atau JHEV ini membuktikan bahawa pahlawan kita sentiasa terbela nasib mereka kerana jasa dan perjuangan mereka yang tidak pernah luntur dan sentiasa berjuang.

JHEV memberi erti besar kenapa nasib-nasib veteran tertera. Kehadiran JHEV menjadi ukuran betapa penghargaan terhadap wira negara ini berterusan dan sentiasa dalam pengawasan kerajaan Malaysia untuk memastikan JHEV terus dapat bertindak sebagai penyentuh utama bagi membela nasib mereka yang kini bergelar veteran ATM.

Penubuhan JHEV adalah untuk menjadi “one stop center” bagi membantu veteran ATM dalam meneruskan kehidupan selepas bersara dari Angkatan Tentera Malaysia. JHEV memainkan peranan penting untuk membantu veteran ATM dalam semua isu termasuk sosio ekonomi dan bantuan segera yang melibatkan kebajikan mereka.

Sejak memulakan operasi rasmi pada tahun 2001, JHEV mula mengorak langkah menjadi sebuah jabatan yang mengambil sikap khusus untuk membantu bekas-bekas pesara ATM dalam menyediakan ruangan seluas mungkin untuk mereka memulakan hidup di luar kehidupan Angkatan Tentera Malaysia.

JHEV dalam melaksanakan tanggungjawab sedar bahawa perkara khususnya yang perlu dilakukan adalah untuk memastikan kedudukan sosio ekonomi pesara ATM terjamin. Mereka yang mahu mencari ruangan pekerjaan selepas tamat bekerja dengan ATM akan dibantu oleh JHEV. JHEV akan memulakan tugas utama dengan mengemukakan taklimat persediaan persaraan bagi menyiapkan warga ATM yang akan bersara berhadapan dengan cara baru pengurusan kehidupan mereka di luar angkatan tentera. Satu Bahagian di tubuhkan semata-mata untuk tujuan ini. Bahagian Latihan dan Penempatan (BLP) adalah bahagian yang akan memainkan peranan utama untuk menjadi perantara menjodohkan pekerjaan dengan warga veteran ATM di samping menyediakan program-program yang melibatkan penerangan kepada mereka yang melangkah keluar dari ATM dan menjadi veteran ATM. 

Tindakan ini perlu dilakukan sebelum seseorang itu melangkah menjadi veteran ATM serta terbuka kepada kehidupan baru di luar ATM. Usaha pertama adalah melengkapkan mereka dengan penjangkaan hidup di luar ATM agar mereka dapat diresapkan kepada budaya kehidupan baru di luar ATM. Sekiranya dilihat secara kasar JHEV menjadi pintu terakhir sebelum melangkah keluar dari ATM dan bergelar veteran dalam ATM. Peranan ini penting untuk membuktikan bahawa sentuhan JHEV kepada veteran ATM tetap wujud sebagai jabatan yang akan melihat dan membantu mereka di luar ATM.

sumber : SiNisMaLaySia

#JHEVBantuVeteran - Peralatan Sokongan Dan Perubatan


Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM8.1 juta sepanjang tahun lepas bagi membantu bekas-bekas anggota tentera dan keluarga mereka yang menghidap pelbagai jenis penyakit.



Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM, Siti Normah Abdul Aziz berkata, seramai 3,072 veteran tentera dan tanggungan mereka telah menerima bantuan itu dalam bentuk sara hidup serta peralatan sokongan dan perubatan.

Beliau berkata, peralatan sokongan itu termasuk kerusi roda, tilam katil dan peralatan perubatan seperti bateri untuk jantung bagi mengurangkan bebanan dan penderitaan mereka...

"JHEV tidak pernah mengabaikan bekas tentera dan sentiasa mengenang jasa mereka dengan mengambil berat mengenai kebajikan kerana kita tidak mahu mereka hidup menderita," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan peralatan kerusi roda, katil dan tilam kepada Firdaus Saad, 13, anak bekas Staf Sarjan Saad Ahmad yang lumpuh akibat pendarahan dalam otak di Felda Sertik di sini, hari ini.

Siti Normah turut menyampaikan peralatan yang sama kepada bekas tentera, Koperal Mohd Lazim Salleh, 77, yang lumpuh akibat terjatuh dalam bilik air di rumahnya di Kampung Teluk Ira, Temerloh.

Menurut beliau, bantuan yang dibekalkan tidak mempunyai had tertentu sebaliknya bergantung kepada peralatan yang diperlukan oleh pesakit.

Katanya, veteran tentera juga diberikan bantuan bagi perjalanan untuk mendapatkan rawatan di hospital selain JHEV turut menghulurkan bantuan persekolahan dan melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada anak-anak dan tanggungan mereka.

sumber: Bernama

#JHEVBantuVeteran - Sempena Hari Lebaran




Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperuntukkan RM100,000 untuk diagihkan sebagai duit raya kepada bekas anggota dan keluarganya di negeri ini sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Pengarah JHEV Cawangan Kelantan dan Terengganu, Mejar Abu Bakar Siddik Sulaiman berkata, seramai 200 penerima dari negeri itu menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM500 yang disalurkan Kerajaan Pusat melalui JHEV.

Menurutnya, sumbangan tersebut diagihkan dalam lima kategori iaitu veteran tentera yang berumur 70 tahun ke atas, anggota yang hilang upaya ketika menjalankan tugas, balu anggota, anak yatim dan rawatan penyakit.

"Sumbangan ini merupakan salah satu bentuk saguhati kerajaan dalam menghargai jasa yang telah dicurahkan oleh bekas anggota tentera seterusnya meringankan beban yang ditanggung mereka.

"Diharapkan bantuan ini dapat menggembirakan mereka untuk menyambut kedatangan Syawal tidak lama lagi," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan duit raya kepada keluarga dan anggota veteran tentera di pejabatnya di sini semalam.

Katanya, kesemua penerima duit raya itu adalah mereka yang pernah memohon bantuan daripada pihak JHEV.

Abu Bakar memberitahu, untuk Terengganu, pembahagian sumbangan ini akan dibuat dalam masa terdekat memandangkan jumlah penerimanya sedikit berbanding Kelantan.

"Di Terengganu kita hanya ada 68 penerima berbanding 200 di sini. Jadi saya mohon kerjasama bekas tentera yang masih belum mendaftar dengan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) supaya tampil berbuat demikian.

"Ini penting untuk memudahkan pihak persatuan mengumpul maklumat dan menyalurkan bantuan kepada bekas tentera yang memerlukan, begitu juga dengan pihak kami," ujarnya...

Jelasnya, bekas anggota tentera yang berusia 70 ke atas dan mempunyai sebarang masalah boleh tampil ke pejabat JHEV di Tingkat, 9, Menara Perbadanan di Jalan Tengku Petra Semerak dekat sini untuk memohon bantuan.

Sementara itu, seorang penerima Rahim Abdul Rahman, 70, yang pernah berkhidmat sebagai anggota Askar Wataniah 302 (AW 302) berkata dia terharu dan gembira dengan sumbangan tersebut.

"Dengan sumbangan ini dapat saya gunakan untuk menyambut Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi," katanya yang pertama kali menerima sumbangan tersebut.

sumber: utusan 

Saturday, 24 November 2012

Perhimpunan Agung UMNO 2012...

Assalamualaikum wbt...


Ucapan Selamat Datang kepada semua Perwakilan dari Bahagian-bahagian dari seluruh negara ke Perhimpunan Agung UMNO 2012 dalam beberapa hari je lagi ni...tentunya bermacam perasaan yang bermain dalam perasaan Perwakilan mahupun Pemerhati yang hadir kelak...


Untuk apa ye Perwakilan yang secara otomatik dan yang 'terpilih' dari Bahagian-bahagian datang ke sini, adakah cuma datang memenuhkan kuota atau datang sekadar nak berjumpa kawan-kawan atau pun memenuhi ruang tempat duduk empuk didalam Dewan Merdeka dan mendengar segala-galanya nanti...

Perlu diingat apakah tugas seorang Perwakilan itu xkira yang secara otomatik ataupun yang dipilih...Sepatutnya apa yang mereka 'dapat' semasa Perhimpunan itu 'dipanjangkan' ke akar umbi tetapi berapa kerat yang berbuat demikian...Fikir-fikirkanlah ye !!!...

Setiap tahun perkara yang sama berulang, sama seperti penyakit keturunan yang tidak pernah tidak tinggal iaitu perangai yang sama je, gah dengan persalinan lengkap dan 'name-tag' Perwakilan tergantung dengan megah tetapi kat kawasan mana yang penuh ye...restoran, coffe-house, shopping mall dan sebagainya mungkin kn...


Cuba bayangkan para pemerhati yang penuh setia menunggu dan mendengar setiap hari walaupun tidak diberi kerusi yang empuk, sanggup berasak-asak memenuhi setiap ruang kosong sehingga nk berjalan pon terasa takut kot terpijak kaki dan tangan mereka yang duduk...berlainan pula dengan 'mereka-mereka' yang terpilih yang sanggup meninggalkan tempat yang dikhaskan dan membiarkan kelompok-kelompok kosong didalam dewan...

UNTUK APA SEBENARNYA MEREKA BERBUAT BEGINI...

Diantara Perwakilan dan Pemerhati yang sebegini, timbul persoalan...siapakah yang bergelar PEJUANG BANGSA...maaf la ye cz PCJ lebih memandang kepada 'pemerhati-pemerhati' yang begitu mengambil berat dan sanggup bersusah payah xmengira tempat untuk mendengar dan melihat serta mengambil tahu apa yang berlaku serta isu-isu semasa...kenapa jadi sedemikian, mungkinkah mereka yang juga dari kalangan akar umbi tidak mendapat apa-apa info dari Bahagian masing-masing...Wallahu'alam...


Banyak yang hendak diperkatakan tetapi rasanya cukuplah setakat ini cuma mana yang terbaca ni sampai-sampaikan lah kat PARA PERWAKILAN YANG TERPILIH agar merenung erti 'perjuangan' mereka...

Dan kalau boleh biarlah Perhimpunan Agung UMNO 2012 ini kita dapat menyaksikan tiada lagi ruang-ruang kosong yang memenuhi Dewan Merdeka dan menunjukkan sokongan padu kepada PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012 ini...


***aku kata...
rasanya penyakit keturunan ni mmg payah nak diubati cz diorang sume merasakan yang diorang ni 'besor'...tp xguna berlagak besor kalo otak tu 'kecik'

~ Bersatu ~ Bersetia ~ Berkhidmat ~

Sunday, 4 November 2012

Penciptaan "Dinasti & Legacy"...

hairan, pelik tp yang benar berlaku...

mereka mengatakan orang lain yang penuh dengan kronisme, orang lain yang segalanya tak betul tetapi cam biasa lah...menunding jari kearah orang lain hanya untuk menutup kesalahan diri sendiri...

cer tengok parti diorang ni n sape yang memegang jawatan tertinggi untuk renungan bersama...nampaknya diorang ni sedang 'mencipta' sesuatu yang diorang sendiri menafikannya...

dh tak ada orang lain ke atau disengajakan...

dan nampak gayanya orang lain dalam 'rumah' diorang ni dah tak ada harapan lah kalo nk menyandang apa-apa jawatan tertinggi dalam 'rumah' tersebut kerana dh tentu ada lagi 'sedara-mara' yang sedang menunggu dalam "waiting-list" diorang nih...

so kepada yang lain-lain yang berangan-angan tu faham-faham sendiri lah ye atau buat je lah seperti biasa dan buat tak tau je selain buta kan lah mata tu sepanjang masa n buat je lah seperti yang diarahkan...lagipon korang memang dh biasa n suka main ikut je kan...kihkihkih...

jommm tengok nih :









diorang sume nih xprasan ke apa yang diorang tunding jari kt orang lain tu tp sendiri yang buat n padan lah muka-muka penganut pakatan haramjadah ni, main ikut je or memang suka mengikut membuta tuli kihkihkih...

***aku kata :
sume yang dalam gambor ni cam hampas kelapa je tapi hampas kelapa pon ada gak gunanya dan boleh gak bagi kat ayam makan tp diorang ni memang lg teruk dari hampas...

dan kalo diorang lagi teruk dari hampas maknanya yang mengikut n menyokong tu...sendiri faham lah ye kahkahkah...




Thursday, 20 September 2012

Adakah Ini Yang Kita Mahukan...

Assalamualaikum WBT...

Kebelakangan ini kita semua telah 'disorongkan' dengan pelbagai hebahan samada yang kita suka mahu pun tidak, ada yang baik dan ada yang buruk dan kita sebagai 'end-user' terpaksa 'melalui' perkara-perkara tersebut dalam meneruskan perjalanan hidup kita...

Hmmm, ada yang hendak menggantikan Bendera Negara, sampai begitu sekali diorang nak lakukan...kenapa boleh jadi sampai macam ni, adakah diorang ni tak cukup pelajaran semasa belajar dahulu atau pun dah termakan 'sesuatu' dari sesiapa  yang berkenaan, hanya mereka yang tahu walaupun ada yang dah sedarkan diri tu tetapi ramai lagi yang belum dan masih tidak mahu menyedarkan diri masing-masing...



Apa kata jika 'puak-puak' yang sebegini, kita minta mereka lepaskan kerakyatan negara berdaulat ini dan pergi lah kemana-mana pun atau cari sahaja tempat lain dan buat negara sendiri dan buatlah apa yang diorang hendak buat, kalau dah berani nak tukar Bendera Negara, kenapa tak berani pulak nak lepaskan kerakyatan n buat negara sendiri kan...'this is a challenge to all U guys' tidak kira yang melakukannya atau pun yang menaja dan yang mengarahkan perlakuan tersebut...'dare it or not'...jika tiada keberanian, fikir-fikirlah sendiri ye...kihkihkih...

Yang terbaru pulak mengenai filem keluaran luar negara yang menimbulkan kemarahan orang Islam bukan sahaja di Negara Berdaulat ini tetapi berlaku diseluruh dunia...


Sepatutnya perkara ini dijadikan iktibar dan pelajaran oleh semua dan tidak melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan permasalahan kepada semua akan tetapi ada pulak 'pemimpin' yang menimbulkan masalah bilamana mempermainkan sensitiviti masyarakat Islam di negara ini...'pemimpin' kah orang atau individu yang sebegini, sepatutnya dia dikenakan tindakan yang sekeras-kerasnya kerana Islam adalah Agama rasmi Negara Berdaulat ini dan nampak sangat 'kebodohan melampau dan ego' daripada beliau yang kononnya seorang pemimpin... Tidak adakah apa-apa tindakan oleh 'orang-orang' dia sendiri atau pun ianya sengaja dilakukan untuk meraih sesuatu...
"only they knows"..

Banyak lagi yang berlaku untuk kita perhatikan dan ambillah yang baik dan berguna untuk kita jadikan sandaran dan mana-mana yang macam 'hampas' tu buangkan sahaja jauh-jauh...renung dan fikir-fikirkanlah...


   


*** Aku Sayang Agama Ku dan Aku Sayang Malaysia, Negaraku...


Wednesday, 25 July 2012

Majlis Berbuka Puasa...YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi..

Salam Ramadhan Al Mubarak...

Aku berpeluang menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama YB Menteri Pertahanan Malaysia di Hotel The Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Selasa 24 Julai 2012 semalam...


Seperti biasa bila ada majlis-majlis seperti berikut akan turut dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelbagai lapisan profesion...







Tp yg paling seronok bukan hanya pada jemputan tersebut tetapi dapat mengenali pemimpin-pemmpin dan juga dapat berjumpa dengan ramai rakan-rakan yg juga mengenali diri ini dan Alhamdulillah hubungan sesama kawan-kawan tetap utuh seperti dulu walaupon ada yg dh lama xjumpe...

Rasanya ramai yg kenal kawan-kawan aku ni kan...



Tuai Padi Antara Nampak...
Esok Jangan Layu-layuan...
Intai Kami Antara Nampak...
Esok Jangan Rindu-rinduan...

(pantun ni aku pinjam dari seorang sahabat yg ada kt dalam pic ni)

Friday, 18 May 2012

Golongan "Orang Senang" tp xsume la

Berkata tentang golongan "orang senang" ni memang lh seronok kan tetapi camana senangnye diorang ni, betul ke senang atau pon senang dipandangan mata kasar je...

Ok, kt sini aku nk sentuh sikit tentang peguam, betul ke diorang ni senang or .......

Belajor untuk jadi seorang peguam memang lh susah n lama,belum masuk kos nye lg tapi selepas berjaya mengharungi sume tu,sume onak,duri n ranjau dh ditempuhi tibalah masa untuk diorang bertugas n xkira lh kt mana pon n ada yg berjaya sekarang siap dh ada "tetuan" memasing...

Tahniah diucapkan...

Berkat korang belajor dh membuahkan hasil kan...

Bila dh senang dh tentulah bertambah senang kn, tu memang xsalah tapi yg salahnya korang ni mcm xde integriti tp bukan semua ye...aku ulang balik BUKAN SEMUA...

Tp disebabkan cam kata pepatah lama "disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga" n itu lah salahnya korang-korang nih...

Dh senang ok, xper tp belajor undang-undang tau tp yg mana "adil" n yg mana "tidak" korang mcm buat xtau je kn... "WHY" ...adakah sebab dh terlampau senang hingga xnampak benda lain dh, itu yg jadi persoalannya...



Sekarang ni korang ada "persatuan" (BAR Council), bagus lh tp kenapa korang ni berpuak-puak ye, mana dia "keadilan undang-undang" yg korang belajor tungkuslumus aritu,hilang dh sebab dh "senang" ye...korang ingat bila dh "pegang" undang-undang tu dh kuat sangat lh sampai bleh buat apa je,camtu ke lagak sorang yg dipanggil peguam...

Aloooo, orang biasa pon bleh nampak n tau apa yang korang buat tau, kalo korang hebat sangat camana bleh plak sorang ahli B.C. korang pergi failkan saman kt pertubuhan korang cz xikut cara yang betul, dh terlebih pandai la tu ye hehehe...

gambar contoh sorang pengamal undang-undang yg dh "terlebih" matang sampai jadi 
bangang n gampang

Memang susah tp pe kata, kalo orang biasa DESAK agar apa-apa yang melibatkan peguam-peguam mcm korang yg "senang" nih di mansuhkan...segala apa yang melibatkan pembelian rumah, pembelian hartanah n banyak lagi lh dimansuhkan, agak2 bleh ke camni...rasa nya bleh kot cz korang ni hebat n senang kn tu la psl korang boleh buat suka-suka hati je...

Ye lh kn,bila orang beli rumah dh tentu korang masyukkk n mcm2 lg kn,kalo dimansuhkan baru korang tahu camana nk cari duit untuk tampung diri, keluarga n kehendak korang sume...

Masa tu baru korang faham apa itu erti 'senang'...

Setinggi-tinggi tahniah aku ucapkan kepada mana-mana peguam yang masih "berintegriti" dan jujur tapi pada yang dh "terlebih pandai" n sampai jadi bodoh tu pon tahniah la juga cz penat korang belajor tp jadi bangang hahahahaha...

Saturday, 12 May 2012

UMNO - Ulangtahun Ke - 66

Assalamualaikum wbt dan Syukur Alhamdulillah...

Sang Saka Bangsa

Semalam 11 Mei 2012 genaplah 66 tahun tertubuhnya UMNO di bumi Malaysia ini...

Stadium Bukit Jalil

GELOMBANG MERAH telah membanjiri sekitar kompleks stadium dari dalam hinggalah melimpah ke luar stadium dan yang menariknya ianya diadakan dengan AMAN...

Semasa di Stadium Bukit Jalil semalam dimana Program Sambutan Ulangtahun Ke 66 UMNO diadakan, lebih kurang 120,000 ahli-ahli UMNO dari seluruh  cawangan-cawangan, bahagian dan Negeri  turut bersama hadir untuk meraikannya...




Seperti yg di katakan oleh Y.A.B. Presiden UMNO DS Najib Tun Abdul Razak, ini lah satu-satunya perhimpunan terbesar UMNO pernah diadakan dan tiada masalah dengan anggota-anggota pasukan keselamatan, semuanya berjalan dengan suasana riang gembira baik ahli-ahli UMNO juga pasukan keselamatan dan semuanya senyum tanda puas hati di kedua-dua belah pihak...





Ini lah yang sepatutnya berlaku iaitu tiada sebarang insiden buruk yg ditunjukkan...





Kalo kita boleh berbuat demikian, dengan cara dan mengikut segala arahan yang diberikan KENAPA ada yg TIDAK MAHU mengikut sebaliknya lebih suka dengan cara "barbaric" seperti tidak bertamadun langsung...

Walaubagaimana pon, UMNO terus menunjukkan suatu senario yang indah dan menarik dan kerana itu lah UMNO terus diberi sokongan yang padu sehinggalah ke hari ini...






Terima kasih UMNO dan terima kasih kepada semua yang hadir semalam kerana dengan sokongan dari semua anda...anda...anda dan anda semua, UMNO kini berdiri GAGAH bukan sahaja di Malaysia tetapi juga disegani diseluruh dunia...

Peduli dengan pihak-pihak lain yang selalu mencemuh kerana kita semua TAHU yang mereka sebenarnya penuh dengan segala hasad dengki dan sememang nya mereka, mereka dan mereka tak la bagus sangat pon kn...hahahaha...

Sekali lagi terima kasih semua terutama kepada Parti UMNO, parti terbesar untuk orang Melayu yang juga sebagai tonggak kepada Barisan Nasional dimana ianya diterajui oleh orang Melayu di Tanah Melayu yang kini dinamakan Persekutuan Malaysia...


***aku kata : AKU AHLI UMNO - DULU ~ KINI ~ SELAMANYA



Thursday, 10 May 2012

Larian Sang Saka Bangsa

Alhamdulillah Syukur Ke atas Rahmat NYA....



Tanggal 6 Mei 2012, UMNO Wilayah Persekutuan memulakan Larian Sang Saka Bangsa dan secara terus menerus di serahkan ke setiap UMNO Bahagian-bahagian di Wilayah Persekutuan...

Dapat dilihat wajah-wajah penuh bersemangat dan penuh dengan kebanggaan semasa larian tersebut...

sumber : umbwp


UMNO Terus Mara Untuk Rakyat Malaysia...

HIDUP UMNO...HIDUP UMNO...HIDUP UMNO



Friday, 4 May 2012

1.8 Juta...wowww banyak nye...

Kerugian 1.8 juta dalam jangka waktu yang singkat...


Bayangkan jumlah sebanyak itu boleh dipergunakan untuk program dan aktiviti kemasyarakatan untuk semua rakyat tetapi terpaksa digunakan untuk perkara lain plak...


Semua ini adalah untuk membenteras golongan-golongan penganut xsedor dek untung nih semasa demonstrasi "duduk n bantah" yang dikatakan aman...


Tetapi sebenarnya puak-puak ini lah juga yang memulakan rusuhan dengan tidak mengenal erti perikemanusiaan tetapi kononnye diorang lah pejuang-pejuang rakyat...ajer yang gampang bertingkat-tingkat puak penganut nih...


sumber : PDRM

*** aku kata : kalo PDRM terpaksa mengeluarkan belanja sebanyak itu untuk membenteras puak penganut nih, agak-agak berapa juta plak puak penganut ni berhabisan ye...banyak duit tu n dari sumber mana ye...kihkihkih...renung2 kan...

Thursday, 3 May 2012

Terkedu terus...

Perghhh... punyer lah speaking marah kat orang lain...

Aleh-aleh terkedu, terpempan n terdiam...

Kenapa yer hehehe...

mula-mula cam singa, pastu terus jadi muka tonyok jer...kihkihkih



Nasib baik xgila terus tp kalo gila pon bagus gk... kihkihkih

Macam ni lah kalo manusia dh xleh nk fikir mana yang elok n mana yang tidak, hanya bersedia n bersetuju untuk dijadikan kuda n keldai pihak penganut sampai dh xleh nk fikir apa dh...

Tetapi elok gak amoi ni kene camtu, bukan secara kasar tp secara diplomasi hehehehe...

Padan muka penganut babiga nih...

Yang Sebenarnya Berlaku...

Macam-macam puak penganut ni membuat tuduhan melulu tanpa menyedari apakah punca sebenar yang berlaku..

perangai GILA puak penganut haramjadah

Paparan video jelas menunjukkan semua ni adalah angkara penganut xsedor diri n sanggup melakukan apa sahaja tanpa mengira undang-undang dan Perlembagaan Negara...

Macam ni ke apa yang korang laung2kan sedangkan anggota yang xbersalah dijadikan mangsa dan seorang jurukamera bebas yang ingin melindungi anggota tersebut juga dilanyak tanpa peri kemanusiaan. Hanya manusia-manusia gila, tidak berfikiran waras macam puak penganut ni je yang mampu berbuat demikian.

Kalo korang sendiri sedang memandu dan diperlakukan sebegitu rupa, jangan cakap la korang boleh 'control' lagi, silap2 lagi teruk dari tu lagi rasanya...cuba bayangkan mungkin anggota tu sedaramare korang sendiri, lagi la best kan...Memang manusia hina la puak penganut sume nih...


Friday, 27 April 2012

Is It Clean Or ....

(yg ni posting aku kt fb semalam)

sibuk sngt suara rakyat abih "suara rakyat" yg membantah n xnyokong ni xmo ambik kira ke,korang ingat korang je rakyat negara ni, jgn lah tunjuk bodoh kt org lain tp kalo dh mmg muka xreti malu nk kata apa kn, bodoh 1.0 xabis sambung plak bangang 2.0 n skrg nk sambung plak bodohbangangtuli 3.0 plak, ni la penganut2 BODOH XLEH DI AJOR N NK KATA PANDAI MMG XPANDAI PON, NI JENIS BANGANG BERTIMPATIMPA NI...


yg ni hari ni punye...versi panjang sikit...

Kalo tengok pada logo n apa yang berlaku sekarang ni boleh ke dipastikan tidak akan terjadi perbuatan melampau dari penganut-penganut ni...


Memang diorang sengaja buat camni cz dh xde idea camana nk selamatkan mamat sekor tu...



mungkinkah ini akan berlaku lagi...kihkihkihkih

Ini plak tok dalang utama yang dok sibuk jadi "jurucakap" penganut mamat ni walaupon dia kata xde kaitan ngan sesape pon...

xabis2 menipunye, xdikenekan tindakan menipu DYMM Agung dulu pon dh kira baik dh, tu pon masih kata kerajaan yang ada ni xbaik lg, memang perangai cam gampang...

yang ni plak sorang lagi, orang sastera konon tp menggunakan akal menghasut bebudak yang belajor utk berdemo konon katanya "pada mahasewel ni la terletaknya perubahan melalui berdemo di jalanraya"...

sepatutnya sebagai seorang Negarawan, kene lah berfikiran rasional dan menasihati golongan muda kearah kebaikan sesuai dengan gelaran yg ada pada diri tp maaf la k cz perangai pon cam gampang gak...


Golongan yang ni plak dh masuk bab xsedor diri dipergunakan sesuka hati oleh mamat n the geng tu sampai nk bawak banner ke tempat yang xsepatutnya, memang dh terpesong dh diorang nih...

nk kemana tu keldai n kuda bangang nih...agak2 lh...

Berbalik kt ayat  yang mula-mula tadi, diorang ingat diorang je ke rakyat negara Persekutuan Malaysia nih, camana ngan majoriti besar RAKYAT yang xsuka n xsokong diorang nih, yang lain nih bukan rakyat gak ke, tu la pasal kalo dalam kepala hotak tu dh termaktub suma xbetul, camni lh jadinya, memang xsedor dek untung...

Tak terfikir ke diorang penganut2 ni akan rakyat yang lain...

perniagaan rugi

terpaksa tutup perniagaan

ekonomi terjejas

Ada kah diorang terfikir or terkenangkan semua ini...kalo berfikir xkan diorang nk buat gk kn, memang dasar pengkhianat negara diorang nih...

***aku kata : kalo sumenye xbetul xkan PRU yang lepas korang bleh dapat beberapa negeri kn, maknanya mmg korang sendiri yang xbetul, kata plak ada 81 ngo yg sokong korang tp "berdaftar" ke ngo tu, yang aku tau ngo tu pon HARAM gk cz xberdaftar n bnyk lg nih kihkihkih tp jz to make it short n simple...kalo dh sume xbetul n xsetuju lagi xnk bersetuju apakata korang BERAMBUS je dari sini tp jangan dekat2 cz korang ni busuk sumenya, pergi jauhjauh ye hahahaha***