Welcome


widgeo.net

Sunday, 31 March 2013

Lambang ~ Parti Politik ~ PRU

Assalamualaikum wbt...Salam Sejahtera...Salam 1Malaysia dan Selamat Berhujung Minggu...

Kali ni nk citer sikit pasal lambang-lambang yang digunapakai oleh Parti-parti Politik yang akan bertanding masa Pilihanraya Umum ke 13 nanti dan rasanya masih macam dulu juga dan tiada yang baru...

Umum mengetahui Barisan Nasional yang dianggotai oleh beberapa belas Parti Komponen (13 Parti Komponen) hanya menggunakan satu lambang sahaja dan ini menunjukkan komitmen yang tinggi untuk perpaduan dan kesejahteraan semua kaum di negara ini dan dari perpaduan dan kesejahteraan inilah yang dapat meningkatkan taraf ekonomi rakyat dan negara ke arah yang lebih stabil dan makmur...


Bayangkan semua parti komponen ini dapat duduk bersama dan mencapai kesepakatan yang jitu untuk bersama memimpin kerajaan dan tidak dinafikan ada pro dan kontra dalam setiap parti tetapi diatas kesepakatan yang sedia ada, ianya dapat diselesaikan dengan cara yang baik...

Berlainan pula dangan Parti Pakatan Rakyat tetapi hanya dianggotai oleh 3 parti politik yang secara terang-terangan berlainan arah tujuan tetapi sering salah satunya memperguna dan memper'kuda'kan satu sama lain. Dah lah cuma 3 parti sahaja tetapi kononnya mewakili majoriti rakyat (pakatan rakyat) negara berdaulat ini...Semuanya hanya retorik dan lakonan semata-mata...


Ini dapat dilihat apabila mereka langsung tiada lambang kesepakatan sepertimana Barisan Nasional yang menggunakan hanya satu lambang tetapi puak-puak Pakatan pula hanya menggunakan lambang parti masing-masing dan disini secara terang-terangnya menunjukkan KETIDAKSEPAKATAN mereka dan cuma berselindung disebalik senyuman yang semata-mata lakonan...

Kita semua tahu Barisan Nasional adalah sebuah pakatan yang berdaftar tetapi puak-puak pakatan rakyat ini adalah sebuah perkumpulan politik yang tidak pernah berdaftar sebagai satu perkongsian pertubuhan yang sah, sebab itu lah  mereka-mereka ini tidak mempunyai satu 'entiti' perjuangan dan hanya berjuang untuk diri masing-masing sahaja...

Kita semua telah mengecapi kehidupan yang makmur selama ini dibawah pemerintahan "rakyat' yang sebenar iaitu Barisan Nasional tetapi kita juga telah lihat caramana puak-puak pakatan rakyat (pakatan haram sebab tidak berdaftar) menghancurkan perpaduan dan keharmonian sedia ada hanya untuk berkuasa... Ini kah yang kita hendak generasi kita yang akan mewarisi negara yang kacau bilau nanti, IT IS NOT FOR ME...

Jadi, kita fikir-fikirkan lah, apa yang kita lakukan hari ini bukanlah untuk kita semata-mata tetapi untuk anak bangsa Malaysia yang akan datang supaya mereka dapat hidup dalam keadaan yang lebih harmoni lagi demi negara yang tercinta...

*** Aku Kata...

~ BARISAN NASIONAL TETAP RELEVEN DULU KINI DAN SELAMANYA ~







Tuesday, 12 February 2013

Sorotan Semasa - 'PAS' ~ Erti Perjuangan...


Assalamualaikum wbt...

Agak lama PCJ tidak mencoretkan apa-apa diruangan ini kerana agak sibuk dengan tugasan yang lain dan juga bukanlah menulis sepenuh masa...

Dengan apa yang berlaku diketika ini PCJ terpanggil untuk berkata-kata walaupun mungkin ianya hanya sekadar cerita lama akan tetapi ianya tetap 'panas' hingga sekarang ini...

Bercakap mengenai Negara Islam Parti Pas yang kini dah bertukar ke konsep Negara Kebajikan, hmmm agak mudah ianya ditukar, adakah ianya ditukar hanya semata-mata ingin berkongsi kuasa bersama sebuah parti lain yang sebelum ini ditentang habis-habisan. Timbul pula ertikata "menghalalkan cara demi matlamat/kuasa". Hanya kerana itukah ianya boleh bertukar. Pernah satu ketika dahulu Setiausaha Agung Parti Pas sendiri mengesahkan bahawa tidak ada satu pun didalam Perlembagaan Parti Pas yang akan menjadikan negara ini sebagai Negara Islam dan kata-kata beliau berserta gambar Buku Perlembagaan Parti Pas yang di terbitkan didalam akhbar rasmi Parti itu suatu masa dahulu, kini di sahkan pula oleh mantan Menteri Besar Perak yang mengesahkan perkara ini semasa beliau memegang jawatan Menteri Besar...

Beliau mengesahkan perkara ini bukannya dimana-mana dewan atau tempat-tempat ceramah tetapi didalam DUN Negeri Perak sendiri yang mana segala apa yang ditanya dan dijawab ada pencatit dan ada catatannya...

Cuba tengok klip ni walaupun dah lama tetapi PCJ rasa ianya masih releven kerana ianya berlaku seperti yang dikatakan tadi, didalam perbahasan DUN Negeri Perak itu sendiri. Jommm tengok dan perhatikan betul-betul...


Hmmm, kalau konsep Negara Islam dah bertukar, maknanya segala apa yang perlu dilaksanakan tentunya 'berkubur' sekali dengan konsep yang lama tetapi kenapa sampai sekarang pengikut-pengikut parti ini tetap melaung-laungkannya, adakah para pemimpin pengikut-pengikut ni dah pekak atau biarkan sahaja perkara ini berlaku...Hudud, Presiden Parti Pas juga telah mengesahkan bahawa Hukum ini hanya 0.001% je tetapi kenapa masih berlarutan isu ni...PCJ rasa isu ini hanya sandiwara pihak kepimpinan Parti Pas kerana mereka boleh sahaja menasihati pengikut-pengikut agar hentikan 'permainan' ini tetapi sendiri tengok lah ye, alangkan kata-kata Presiden ini sendiri pun masih dipegang kuat oleh majoriti pengikut parti ini...

Kalau betul hendak jadikan negara ini Negara Kebajikan, kebajikan apa pula yang mereka-mereka ini lakukan, rasanya tidak ada langsung tetapi yang selalu dan kerap dilakukan ialah merosakkan minda semua golongan umur supaya taksub kepada mereka...dalam gambar dibawah ini jelas menunjukkan apa yang telah mereka lakukan kepada minda pengikut-pengikut mereka, adakah ini salah satu daripada agenda konsep Negara Kebajikan mereka, kalau lah benar perbuatan seperti dalam gambar yang tertera ini adalah salah satu daripada agenda tersebut, cuba kita bayangkan kalau mereka ini "tidak berkebajikan", hmmm rasanya negara tercinta kita semua ini bakal hancur dan ketika itu apa yang hendak kita wariskan untuk generasi yang akan datang...Fikir-fikirkan bersama...



PCJ ingin mengajak semua termasuk diri sendiri agar kita mentarbiahkan diri masing-masing sebelum kita mentarbiah orang atau pihak lain kerana Parti Pas pernah berkata yang mereka akan mentarbiah ada sebuah parti itu tetapi apa yang berlaku adalah Parti Pas pula yang diperkuda dan dipergunakan dan nampaknya pemimpin-pemimpin serta para pengikut mereka ini bersetuju ditarbiahkan pula...

***
aku kata : 

Para Pemimpin Parti Pas ni bukannya Ulamak kerana sebagai seorang Ulamak tidak akan pernah mengubah apa-apa yang telah diperkatakan kerana ianya berpandukan kepada Al Quran dan Sunnah...
Mereka-mereka ini hanyalah AHLI POLITIK SEPENUH MASA kerana mereka berkata-kata mengikut keperluan dan kepentingan mereka sendiri dan jika mereka merasakan telah tersilap, mereka dengan senang hati menyalahkan pihak yang lain pula...cam hampehhhhhh...


Wednesday, 12 December 2012

#JHEVBantuVeteran - Bantuan-Bantuan Untuk Warga Veteran ATM


Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan JHEV diwujudkan bertujuan meringankan beban tanggungan sara hidup Veteran ATM serta keluarga berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Skim bantuan ini hanyalah bersifat sementara sahaja.


JENIS-JENIS SKIM BANTUAN

Bantuan Sara Hidup
  • Skim ini bertujuan memberi bantuan kewangan bulanan bagi meringankan beban tanggungan sara hidup Veteran ATM dan tanggungan mereka yang dhaif, uzur, hilang upaya dan menghidap penyakit kronik berdasarkan kelayakan mengikut kiraan PGK yang ditetapkan.
  • Kadar bantuan maksimum sekeluarga ialah RM300.00 sebulan.
  • Skim ini juga meliputi balu dan anak yatim piatu kepada Veteran ATM yang telah meninggal dunia...

Bantuan Persekolahan Bantuan Persekolahan JHEV
  • Bertujuan membiayai anak-anak Veteran ATM yang kurang mampu untuk meneruskan pelajaran mereka di peringkat rendah dan menengah berasaskan kelayakan mengikut kiraan PGK yang ditetapkan.
  • Kadar bantuan adalah RM500.00/setahun bagi sekolah rendah dan RM700.00/setahun bagi sekolah menengah.

Bantuan Peralatan Pesakit
  • Skim ini bertujuan memberi bantuan kewangan sekaligus kepada Veteran, isteri dan tanggungan untuk membeli peralatan bantuan sokongan seperti kerusi roda, tongkat, katil, tilam dan sebagainya.
  • Kadar bantuan maksimum RM5,000.00/sekaligus.
  • Setiap permohonan hendaklah disertakan laporan/memo perubatan dari Pegawai Perubatan Kerajaan berkaitan peralatan yang diperlukan beserta dengan sebut harga dari pembekal.
  • Bagi tuntutan bayaran balik peralatan, pemohon hendaklah mengemukakan resit asal pembelian dan permohonan hendaklah dibuat tidak melebihi tempoh setahun dari tarikh pembelian alat berkenaan.

Bantuan Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
  • Skim bantuan kemasukan ke IPTA ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan ketika pendaftaran kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam bagi anak-anak Veteran ATM sebagai memberi galakan dan motivasi untuk meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi.
  • Pemohon hanya layak menerima satu kali bantuan sahaja sama ada di peringkat  diploma dengan kadar RM1000 atau ijazah RM1500.

Bantuan Bencana Alam
  • Skim ini bertujuan memberi bantuan kewangan sekaligus untuk meringankan kesusahan, kerosakan kepada rumah kediaman yang dialami bencana alam seperti ribut, kebakaran dan sebaginya.
  • Kadar bantuan maksima adalah RM5000 atau 10% dari jumlah kerugian.
  • Permohonan mesti disokong dengan bukti/laporan rasmi pihak berkuasa seperti JKKK, penghulu, ADUN, polis atau bomba. 

sumber: JHEV

#JHEVBantuVeteran - Veteran ATM Terima Bantuan


Kementerian Pertahanan meminta Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) dan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) mengkaji semula bantuan yang boleh diberi kepada pesara tentera yang tidak berpencen berumur 60 tahun ke atas.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini kerana kebanyakan veteran tidak berpencen terdiri daripada mereka yang berumur 60 tahunke atas.

“…40 peratus iaitu kira-kira 70,000 daripada 175,000 ialah bekas pesara yang berumur 60 tahun ke atas,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan program pembangunan sosiekonomi veteran Angkatan Tentera Malaysia tidak berpencen di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Khamis.

Justeru, Ahmad Zahid meminta Perhebat dan JHEV meneliti bentuk bantuan yangboleh diberi kepada golongan tersebut...

“Saya melihat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) perlu memikirkanbayaran sekali kepada veteran tidak berpencen, termasuk yang berumur 60 tahun keatas,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata satu perbincangan akan dilakukan antarakementeriannya dan LTAT serta Kementerian Kewangan untuk mencari formula yangsesuai untuk melaksanakan bantuan itu.

Mengenai bantuan pinjaman kepada pesara tentera yang ingin memulakan perniagaan, Ahmad Zahid berkata mereka boleh mendapatkan pinjaman sehingga RM50,000 dengan mengemukakan permohonan kepada Perhebat yang kemudiannya akandiusulkan kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun). 

“Kepada mereka yang ingin mengembangkan lagi perniagaan yang sedia ada,pinjaman juga boleh dibuat,” katanya.

Ahmad Zahid berkata pinjaman itu adalah di bawah peruntukan sebanyak RM50 juta oleh kerajaan kepada Perhebat di bawah Bajet 2012 bagi membantu veteran tentera merubah tahap kehidupan dan sosioekonomi mereka serta keluarga. - BERNAMA


MALAYSIA NEWS VETERAN ATM MENERIMA BANTUAN

#JHEVBantuVeteran - Setelah Bersara dari ATM


Tidak ada pihak yang mampu menyangkal jasa-jasa mereka yang pernah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia. Jasa mereka yang pada negara sememangnya amat besar. Mereka ibarat tiang seri yang kukuh berzaman dalam mempertahankan negara 

Justeru itu mereka yang pernah berkhidmat atau kini bergelar veteran ATM perlu diberi penelitian yang besar – sebesar pengorbanan mereka pada negara. Ini amat besar ertinya kepada warga ATM dan kehadiran Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM atau JHEV ini membuktikan bahawa pahlawan kita sentiasa terbela nasib mereka kerana jasa dan perjuangan mereka yang tidak pernah luntur dan sentiasa berjuang.

JHEV memberi erti besar kenapa nasib-nasib veteran tertera. Kehadiran JHEV menjadi ukuran betapa penghargaan terhadap wira negara ini berterusan dan sentiasa dalam pengawasan kerajaan Malaysia untuk memastikan JHEV terus dapat bertindak sebagai penyentuh utama bagi membela nasib mereka yang kini bergelar veteran ATM.

Penubuhan JHEV adalah untuk menjadi “one stop center” bagi membantu veteran ATM dalam meneruskan kehidupan selepas bersara dari Angkatan Tentera Malaysia. JHEV memainkan peranan penting untuk membantu veteran ATM dalam semua isu termasuk sosio ekonomi dan bantuan segera yang melibatkan kebajikan mereka.

Sejak memulakan operasi rasmi pada tahun 2001, JHEV mula mengorak langkah menjadi sebuah jabatan yang mengambil sikap khusus untuk membantu bekas-bekas pesara ATM dalam menyediakan ruangan seluas mungkin untuk mereka memulakan hidup di luar kehidupan Angkatan Tentera Malaysia.

JHEV dalam melaksanakan tanggungjawab sedar bahawa perkara khususnya yang perlu dilakukan adalah untuk memastikan kedudukan sosio ekonomi pesara ATM terjamin. Mereka yang mahu mencari ruangan pekerjaan selepas tamat bekerja dengan ATM akan dibantu oleh JHEV. JHEV akan memulakan tugas utama dengan mengemukakan taklimat persediaan persaraan bagi menyiapkan warga ATM yang akan bersara berhadapan dengan cara baru pengurusan kehidupan mereka di luar angkatan tentera. Satu Bahagian di tubuhkan semata-mata untuk tujuan ini. Bahagian Latihan dan Penempatan (BLP) adalah bahagian yang akan memainkan peranan utama untuk menjadi perantara menjodohkan pekerjaan dengan warga veteran ATM di samping menyediakan program-program yang melibatkan penerangan kepada mereka yang melangkah keluar dari ATM dan menjadi veteran ATM. 

Tindakan ini perlu dilakukan sebelum seseorang itu melangkah menjadi veteran ATM serta terbuka kepada kehidupan baru di luar ATM. Usaha pertama adalah melengkapkan mereka dengan penjangkaan hidup di luar ATM agar mereka dapat diresapkan kepada budaya kehidupan baru di luar ATM. Sekiranya dilihat secara kasar JHEV menjadi pintu terakhir sebelum melangkah keluar dari ATM dan bergelar veteran dalam ATM. Peranan ini penting untuk membuktikan bahawa sentuhan JHEV kepada veteran ATM tetap wujud sebagai jabatan yang akan melihat dan membantu mereka di luar ATM.

sumber : SiNisMaLaySia

#JHEVBantuVeteran - Peralatan Sokongan Dan Perubatan


Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM8.1 juta sepanjang tahun lepas bagi membantu bekas-bekas anggota tentera dan keluarga mereka yang menghidap pelbagai jenis penyakit.



Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM, Siti Normah Abdul Aziz berkata, seramai 3,072 veteran tentera dan tanggungan mereka telah menerima bantuan itu dalam bentuk sara hidup serta peralatan sokongan dan perubatan.

Beliau berkata, peralatan sokongan itu termasuk kerusi roda, tilam katil dan peralatan perubatan seperti bateri untuk jantung bagi mengurangkan bebanan dan penderitaan mereka...

"JHEV tidak pernah mengabaikan bekas tentera dan sentiasa mengenang jasa mereka dengan mengambil berat mengenai kebajikan kerana kita tidak mahu mereka hidup menderita," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan peralatan kerusi roda, katil dan tilam kepada Firdaus Saad, 13, anak bekas Staf Sarjan Saad Ahmad yang lumpuh akibat pendarahan dalam otak di Felda Sertik di sini, hari ini.

Siti Normah turut menyampaikan peralatan yang sama kepada bekas tentera, Koperal Mohd Lazim Salleh, 77, yang lumpuh akibat terjatuh dalam bilik air di rumahnya di Kampung Teluk Ira, Temerloh.

Menurut beliau, bantuan yang dibekalkan tidak mempunyai had tertentu sebaliknya bergantung kepada peralatan yang diperlukan oleh pesakit.

Katanya, veteran tentera juga diberikan bantuan bagi perjalanan untuk mendapatkan rawatan di hospital selain JHEV turut menghulurkan bantuan persekolahan dan melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada anak-anak dan tanggungan mereka.

sumber: Bernama

#JHEVBantuVeteran - Sempena Hari Lebaran




Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperuntukkan RM100,000 untuk diagihkan sebagai duit raya kepada bekas anggota dan keluarganya di negeri ini sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Pengarah JHEV Cawangan Kelantan dan Terengganu, Mejar Abu Bakar Siddik Sulaiman berkata, seramai 200 penerima dari negeri itu menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM500 yang disalurkan Kerajaan Pusat melalui JHEV.

Menurutnya, sumbangan tersebut diagihkan dalam lima kategori iaitu veteran tentera yang berumur 70 tahun ke atas, anggota yang hilang upaya ketika menjalankan tugas, balu anggota, anak yatim dan rawatan penyakit.

"Sumbangan ini merupakan salah satu bentuk saguhati kerajaan dalam menghargai jasa yang telah dicurahkan oleh bekas anggota tentera seterusnya meringankan beban yang ditanggung mereka.

"Diharapkan bantuan ini dapat menggembirakan mereka untuk menyambut kedatangan Syawal tidak lama lagi," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan duit raya kepada keluarga dan anggota veteran tentera di pejabatnya di sini semalam.

Katanya, kesemua penerima duit raya itu adalah mereka yang pernah memohon bantuan daripada pihak JHEV.

Abu Bakar memberitahu, untuk Terengganu, pembahagian sumbangan ini akan dibuat dalam masa terdekat memandangkan jumlah penerimanya sedikit berbanding Kelantan.

"Di Terengganu kita hanya ada 68 penerima berbanding 200 di sini. Jadi saya mohon kerjasama bekas tentera yang masih belum mendaftar dengan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) supaya tampil berbuat demikian.

"Ini penting untuk memudahkan pihak persatuan mengumpul maklumat dan menyalurkan bantuan kepada bekas tentera yang memerlukan, begitu juga dengan pihak kami," ujarnya...

Jelasnya, bekas anggota tentera yang berusia 70 ke atas dan mempunyai sebarang masalah boleh tampil ke pejabat JHEV di Tingkat, 9, Menara Perbadanan di Jalan Tengku Petra Semerak dekat sini untuk memohon bantuan.

Sementara itu, seorang penerima Rahim Abdul Rahman, 70, yang pernah berkhidmat sebagai anggota Askar Wataniah 302 (AW 302) berkata dia terharu dan gembira dengan sumbangan tersebut.

"Dengan sumbangan ini dapat saya gunakan untuk menyambut Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi," katanya yang pertama kali menerima sumbangan tersebut.

sumber: utusan