Welcome


widgeo.net

Wednesday, 12 December 2012

#JHEVBantuVeteran - Setelah Bersara dari ATM


Tidak ada pihak yang mampu menyangkal jasa-jasa mereka yang pernah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia. Jasa mereka yang pada negara sememangnya amat besar. Mereka ibarat tiang seri yang kukuh berzaman dalam mempertahankan negara 

Justeru itu mereka yang pernah berkhidmat atau kini bergelar veteran ATM perlu diberi penelitian yang besar – sebesar pengorbanan mereka pada negara. Ini amat besar ertinya kepada warga ATM dan kehadiran Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM atau JHEV ini membuktikan bahawa pahlawan kita sentiasa terbela nasib mereka kerana jasa dan perjuangan mereka yang tidak pernah luntur dan sentiasa berjuang.

JHEV memberi erti besar kenapa nasib-nasib veteran tertera. Kehadiran JHEV menjadi ukuran betapa penghargaan terhadap wira negara ini berterusan dan sentiasa dalam pengawasan kerajaan Malaysia untuk memastikan JHEV terus dapat bertindak sebagai penyentuh utama bagi membela nasib mereka yang kini bergelar veteran ATM.

Penubuhan JHEV adalah untuk menjadi “one stop center” bagi membantu veteran ATM dalam meneruskan kehidupan selepas bersara dari Angkatan Tentera Malaysia. JHEV memainkan peranan penting untuk membantu veteran ATM dalam semua isu termasuk sosio ekonomi dan bantuan segera yang melibatkan kebajikan mereka.

Sejak memulakan operasi rasmi pada tahun 2001, JHEV mula mengorak langkah menjadi sebuah jabatan yang mengambil sikap khusus untuk membantu bekas-bekas pesara ATM dalam menyediakan ruangan seluas mungkin untuk mereka memulakan hidup di luar kehidupan Angkatan Tentera Malaysia.

JHEV dalam melaksanakan tanggungjawab sedar bahawa perkara khususnya yang perlu dilakukan adalah untuk memastikan kedudukan sosio ekonomi pesara ATM terjamin. Mereka yang mahu mencari ruangan pekerjaan selepas tamat bekerja dengan ATM akan dibantu oleh JHEV. JHEV akan memulakan tugas utama dengan mengemukakan taklimat persediaan persaraan bagi menyiapkan warga ATM yang akan bersara berhadapan dengan cara baru pengurusan kehidupan mereka di luar angkatan tentera. Satu Bahagian di tubuhkan semata-mata untuk tujuan ini. Bahagian Latihan dan Penempatan (BLP) adalah bahagian yang akan memainkan peranan utama untuk menjadi perantara menjodohkan pekerjaan dengan warga veteran ATM di samping menyediakan program-program yang melibatkan penerangan kepada mereka yang melangkah keluar dari ATM dan menjadi veteran ATM. 

Tindakan ini perlu dilakukan sebelum seseorang itu melangkah menjadi veteran ATM serta terbuka kepada kehidupan baru di luar ATM. Usaha pertama adalah melengkapkan mereka dengan penjangkaan hidup di luar ATM agar mereka dapat diresapkan kepada budaya kehidupan baru di luar ATM. Sekiranya dilihat secara kasar JHEV menjadi pintu terakhir sebelum melangkah keluar dari ATM dan bergelar veteran dalam ATM. Peranan ini penting untuk membuktikan bahawa sentuhan JHEV kepada veteran ATM tetap wujud sebagai jabatan yang akan melihat dan membantu mereka di luar ATM.

sumber : SiNisMaLaySia

#JHEVBantuVeteran - Peralatan Sokongan Dan Perubatan


Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM8.1 juta sepanjang tahun lepas bagi membantu bekas-bekas anggota tentera dan keluarga mereka yang menghidap pelbagai jenis penyakit.



Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM, Siti Normah Abdul Aziz berkata, seramai 3,072 veteran tentera dan tanggungan mereka telah menerima bantuan itu dalam bentuk sara hidup serta peralatan sokongan dan perubatan.

Beliau berkata, peralatan sokongan itu termasuk kerusi roda, tilam katil dan peralatan perubatan seperti bateri untuk jantung bagi mengurangkan bebanan dan penderitaan mereka...

"JHEV tidak pernah mengabaikan bekas tentera dan sentiasa mengenang jasa mereka dengan mengambil berat mengenai kebajikan kerana kita tidak mahu mereka hidup menderita," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan peralatan kerusi roda, katil dan tilam kepada Firdaus Saad, 13, anak bekas Staf Sarjan Saad Ahmad yang lumpuh akibat pendarahan dalam otak di Felda Sertik di sini, hari ini.

Siti Normah turut menyampaikan peralatan yang sama kepada bekas tentera, Koperal Mohd Lazim Salleh, 77, yang lumpuh akibat terjatuh dalam bilik air di rumahnya di Kampung Teluk Ira, Temerloh.

Menurut beliau, bantuan yang dibekalkan tidak mempunyai had tertentu sebaliknya bergantung kepada peralatan yang diperlukan oleh pesakit.

Katanya, veteran tentera juga diberikan bantuan bagi perjalanan untuk mendapatkan rawatan di hospital selain JHEV turut menghulurkan bantuan persekolahan dan melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada anak-anak dan tanggungan mereka.

sumber: Bernama

#JHEVBantuVeteran - Sempena Hari Lebaran




Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperuntukkan RM100,000 untuk diagihkan sebagai duit raya kepada bekas anggota dan keluarganya di negeri ini sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Pengarah JHEV Cawangan Kelantan dan Terengganu, Mejar Abu Bakar Siddik Sulaiman berkata, seramai 200 penerima dari negeri itu menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM500 yang disalurkan Kerajaan Pusat melalui JHEV.

Menurutnya, sumbangan tersebut diagihkan dalam lima kategori iaitu veteran tentera yang berumur 70 tahun ke atas, anggota yang hilang upaya ketika menjalankan tugas, balu anggota, anak yatim dan rawatan penyakit.

"Sumbangan ini merupakan salah satu bentuk saguhati kerajaan dalam menghargai jasa yang telah dicurahkan oleh bekas anggota tentera seterusnya meringankan beban yang ditanggung mereka.

"Diharapkan bantuan ini dapat menggembirakan mereka untuk menyambut kedatangan Syawal tidak lama lagi," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan duit raya kepada keluarga dan anggota veteran tentera di pejabatnya di sini semalam.

Katanya, kesemua penerima duit raya itu adalah mereka yang pernah memohon bantuan daripada pihak JHEV.

Abu Bakar memberitahu, untuk Terengganu, pembahagian sumbangan ini akan dibuat dalam masa terdekat memandangkan jumlah penerimanya sedikit berbanding Kelantan.

"Di Terengganu kita hanya ada 68 penerima berbanding 200 di sini. Jadi saya mohon kerjasama bekas tentera yang masih belum mendaftar dengan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) supaya tampil berbuat demikian.

"Ini penting untuk memudahkan pihak persatuan mengumpul maklumat dan menyalurkan bantuan kepada bekas tentera yang memerlukan, begitu juga dengan pihak kami," ujarnya...

Jelasnya, bekas anggota tentera yang berusia 70 ke atas dan mempunyai sebarang masalah boleh tampil ke pejabat JHEV di Tingkat, 9, Menara Perbadanan di Jalan Tengku Petra Semerak dekat sini untuk memohon bantuan.

Sementara itu, seorang penerima Rahim Abdul Rahman, 70, yang pernah berkhidmat sebagai anggota Askar Wataniah 302 (AW 302) berkata dia terharu dan gembira dengan sumbangan tersebut.

"Dengan sumbangan ini dapat saya gunakan untuk menyambut Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi," katanya yang pertama kali menerima sumbangan tersebut.

sumber: utusan 

Saturday, 24 November 2012

Perhimpunan Agung UMNO 2012...

Assalamualaikum wbt...


Ucapan Selamat Datang kepada semua Perwakilan dari Bahagian-bahagian dari seluruh negara ke Perhimpunan Agung UMNO 2012 dalam beberapa hari je lagi ni...tentunya bermacam perasaan yang bermain dalam perasaan Perwakilan mahupun Pemerhati yang hadir kelak...


Untuk apa ye Perwakilan yang secara otomatik dan yang 'terpilih' dari Bahagian-bahagian datang ke sini, adakah cuma datang memenuhkan kuota atau datang sekadar nak berjumpa kawan-kawan atau pun memenuhi ruang tempat duduk empuk didalam Dewan Merdeka dan mendengar segala-galanya nanti...

Perlu diingat apakah tugas seorang Perwakilan itu xkira yang secara otomatik ataupun yang dipilih...Sepatutnya apa yang mereka 'dapat' semasa Perhimpunan itu 'dipanjangkan' ke akar umbi tetapi berapa kerat yang berbuat demikian...Fikir-fikirkanlah ye !!!...

Setiap tahun perkara yang sama berulang, sama seperti penyakit keturunan yang tidak pernah tidak tinggal iaitu perangai yang sama je, gah dengan persalinan lengkap dan 'name-tag' Perwakilan tergantung dengan megah tetapi kat kawasan mana yang penuh ye...restoran, coffe-house, shopping mall dan sebagainya mungkin kn...


Cuba bayangkan para pemerhati yang penuh setia menunggu dan mendengar setiap hari walaupun tidak diberi kerusi yang empuk, sanggup berasak-asak memenuhi setiap ruang kosong sehingga nk berjalan pon terasa takut kot terpijak kaki dan tangan mereka yang duduk...berlainan pula dengan 'mereka-mereka' yang terpilih yang sanggup meninggalkan tempat yang dikhaskan dan membiarkan kelompok-kelompok kosong didalam dewan...

UNTUK APA SEBENARNYA MEREKA BERBUAT BEGINI...

Diantara Perwakilan dan Pemerhati yang sebegini, timbul persoalan...siapakah yang bergelar PEJUANG BANGSA...maaf la ye cz PCJ lebih memandang kepada 'pemerhati-pemerhati' yang begitu mengambil berat dan sanggup bersusah payah xmengira tempat untuk mendengar dan melihat serta mengambil tahu apa yang berlaku serta isu-isu semasa...kenapa jadi sedemikian, mungkinkah mereka yang juga dari kalangan akar umbi tidak mendapat apa-apa info dari Bahagian masing-masing...Wallahu'alam...


Banyak yang hendak diperkatakan tetapi rasanya cukuplah setakat ini cuma mana yang terbaca ni sampai-sampaikan lah kat PARA PERWAKILAN YANG TERPILIH agar merenung erti 'perjuangan' mereka...

Dan kalau boleh biarlah Perhimpunan Agung UMNO 2012 ini kita dapat menyaksikan tiada lagi ruang-ruang kosong yang memenuhi Dewan Merdeka dan menunjukkan sokongan padu kepada PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012 ini...


***aku kata...
rasanya penyakit keturunan ni mmg payah nak diubati cz diorang sume merasakan yang diorang ni 'besor'...tp xguna berlagak besor kalo otak tu 'kecik'

~ Bersatu ~ Bersetia ~ Berkhidmat ~

Sunday, 4 November 2012

Penciptaan "Dinasti & Legacy"...

hairan, pelik tp yang benar berlaku...

mereka mengatakan orang lain yang penuh dengan kronisme, orang lain yang segalanya tak betul tetapi cam biasa lah...menunding jari kearah orang lain hanya untuk menutup kesalahan diri sendiri...

cer tengok parti diorang ni n sape yang memegang jawatan tertinggi untuk renungan bersama...nampaknya diorang ni sedang 'mencipta' sesuatu yang diorang sendiri menafikannya...

dh tak ada orang lain ke atau disengajakan...

dan nampak gayanya orang lain dalam 'rumah' diorang ni dah tak ada harapan lah kalo nk menyandang apa-apa jawatan tertinggi dalam 'rumah' tersebut kerana dh tentu ada lagi 'sedara-mara' yang sedang menunggu dalam "waiting-list" diorang nih...

so kepada yang lain-lain yang berangan-angan tu faham-faham sendiri lah ye atau buat je lah seperti biasa dan buat tak tau je selain buta kan lah mata tu sepanjang masa n buat je lah seperti yang diarahkan...lagipon korang memang dh biasa n suka main ikut je kan...kihkihkih...

jommm tengok nih :









diorang sume nih xprasan ke apa yang diorang tunding jari kt orang lain tu tp sendiri yang buat n padan lah muka-muka penganut pakatan haramjadah ni, main ikut je or memang suka mengikut membuta tuli kihkihkih...

***aku kata :
sume yang dalam gambor ni cam hampas kelapa je tapi hampas kelapa pon ada gak gunanya dan boleh gak bagi kat ayam makan tp diorang ni memang lg teruk dari hampas...

dan kalo diorang lagi teruk dari hampas maknanya yang mengikut n menyokong tu...sendiri faham lah ye kahkahkah...




Thursday, 20 September 2012

Adakah Ini Yang Kita Mahukan...

Assalamualaikum WBT...

Kebelakangan ini kita semua telah 'disorongkan' dengan pelbagai hebahan samada yang kita suka mahu pun tidak, ada yang baik dan ada yang buruk dan kita sebagai 'end-user' terpaksa 'melalui' perkara-perkara tersebut dalam meneruskan perjalanan hidup kita...

Hmmm, ada yang hendak menggantikan Bendera Negara, sampai begitu sekali diorang nak lakukan...kenapa boleh jadi sampai macam ni, adakah diorang ni tak cukup pelajaran semasa belajar dahulu atau pun dah termakan 'sesuatu' dari sesiapa  yang berkenaan, hanya mereka yang tahu walaupun ada yang dah sedarkan diri tu tetapi ramai lagi yang belum dan masih tidak mahu menyedarkan diri masing-masing...



Apa kata jika 'puak-puak' yang sebegini, kita minta mereka lepaskan kerakyatan negara berdaulat ini dan pergi lah kemana-mana pun atau cari sahaja tempat lain dan buat negara sendiri dan buatlah apa yang diorang hendak buat, kalau dah berani nak tukar Bendera Negara, kenapa tak berani pulak nak lepaskan kerakyatan n buat negara sendiri kan...'this is a challenge to all U guys' tidak kira yang melakukannya atau pun yang menaja dan yang mengarahkan perlakuan tersebut...'dare it or not'...jika tiada keberanian, fikir-fikirlah sendiri ye...kihkihkih...

Yang terbaru pulak mengenai filem keluaran luar negara yang menimbulkan kemarahan orang Islam bukan sahaja di Negara Berdaulat ini tetapi berlaku diseluruh dunia...


Sepatutnya perkara ini dijadikan iktibar dan pelajaran oleh semua dan tidak melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan permasalahan kepada semua akan tetapi ada pulak 'pemimpin' yang menimbulkan masalah bilamana mempermainkan sensitiviti masyarakat Islam di negara ini...'pemimpin' kah orang atau individu yang sebegini, sepatutnya dia dikenakan tindakan yang sekeras-kerasnya kerana Islam adalah Agama rasmi Negara Berdaulat ini dan nampak sangat 'kebodohan melampau dan ego' daripada beliau yang kononnya seorang pemimpin... Tidak adakah apa-apa tindakan oleh 'orang-orang' dia sendiri atau pun ianya sengaja dilakukan untuk meraih sesuatu...
"only they knows"..

Banyak lagi yang berlaku untuk kita perhatikan dan ambillah yang baik dan berguna untuk kita jadikan sandaran dan mana-mana yang macam 'hampas' tu buangkan sahaja jauh-jauh...renung dan fikir-fikirkanlah...


   


*** Aku Sayang Agama Ku dan Aku Sayang Malaysia, Negaraku...


Wednesday, 25 July 2012

Majlis Berbuka Puasa...YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi..

Salam Ramadhan Al Mubarak...

Aku berpeluang menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama YB Menteri Pertahanan Malaysia di Hotel The Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Selasa 24 Julai 2012 semalam...


Seperti biasa bila ada majlis-majlis seperti berikut akan turut dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelbagai lapisan profesion...







Tp yg paling seronok bukan hanya pada jemputan tersebut tetapi dapat mengenali pemimpin-pemmpin dan juga dapat berjumpa dengan ramai rakan-rakan yg juga mengenali diri ini dan Alhamdulillah hubungan sesama kawan-kawan tetap utuh seperti dulu walaupon ada yg dh lama xjumpe...

Rasanya ramai yg kenal kawan-kawan aku ni kan...



Tuai Padi Antara Nampak...
Esok Jangan Layu-layuan...
Intai Kami Antara Nampak...
Esok Jangan Rindu-rinduan...

(pantun ni aku pinjam dari seorang sahabat yg ada kt dalam pic ni)