Welcome


widgeo.net

Saturday, 24 May 2014

Apabila ADUN Paria Menunjukkan Tahap Pariahnya...


Nampaknya semakin hari semakin ramai yang bersikap mementingkan diri dan pihak sendiri apabila dengan sewenang-wenangnya berkata-kata tanpa memikirkan tentang bahana percakapan mereka sendiri samada didalam Dewan Persidangan mahupun diluar dewan seperti tempat-tempat ceramah politik...


Seperti mana yang kita ketahui, Ahli Dewan Undangan Seri Delima Pulau Pinang RSN Rayer atau Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji (ada nama yang tertinggal kot) telah mengeluarkan kata-kata yang menyinggung Bangsa Melayu dengan lantangnya (majoriti Ahli UMNO yg cukup umur adalah Bangsa Melayu) dan mendapat sokongan penuh pula daripada sebilangan besar ADUN dan kepimpinan tertinggi Parti beliau serta yang menyokong kata-kata tersebut...



Sebenarnya beliau LEBIH MENGUTUK DIRI SERTA PERIBADI BELIAU SENDIRI kerana lupa serta buta sejarah negara iaitu apa yang beliau dan penyokongnya merasai segalanya hari ini adalah diatas BELAS IKHSAN BANGSA MELAYU YANG MENDOKONG UMNO yang menerajui kepimpinan negara bersama gabungan Parti-parti yang membentuk KERAJAAN BARISAN NASIONAL yang telah memberi peluang kepada beliau untuk berada dimana ketika ini...

Gelaran "Yang Berhormat"..adakah sesuai panggilan sebegitu untuk individu yang seperti ini yang menunjukkan dengan jelas betapa dangkalnya tahap pemikiran yang ada pada diri beliau...

Yab TPM juga turut membidas beliau :
KLIK SINI



** BOT's

Aku Kata :

memang mamat sekor ni betul2 tunjukkan tahap "kepariahan" yg max n amat bangga plak kehkehkeh...

dengornya siap buat laporan polis cz takut keselamatan diri n keluarga...hmmm tau plak nk guna polis ye..masa cakap tu buat xreti n xtau nk mntk maaf plak...DASAR PARIAH...

Monday, 12 May 2014

Pilihanraya Kecil P.51 - MCA Tidak Bertanding???


GEORGETOWN: Parti yang tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor tidak boleh mempamerkan logo mereka sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor. 

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kerana ia adalah satu kesalahan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 2012. 

PRK Parlimen Bukit Gelugor menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon calon DAP, Ramkarpal Singh Deo; calon PCM, Datuk Huan Cheng Guan; dan dua calon Bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar dan Abu Bakar Sidek Mohd Zan. (Berita Harian Online)

Berita Harian Online

Lihat Pautan...
Logo Parti Tidak Bertanding Tidak Dibenarkan


Kenapa dan mengapa MCA tidak bertanding pada Pilihanraya Kecil P.51 ? Pelbagai persoalan yang ditimbulkan, adakah ini cuma satu "mind n political games" kerana ada calon yang menyokong BN bertanding ataupun adakah MCA sendiri yang takut kerana tidak percaya kepada kemampuan sendiri untuk mendapatkan sokongan dari kaum Cina itu sendiri...

Jika melihat pautan dari Berita Harian Online di atas, bermakna tidak dibenarkan dan tiada bendera atau apa-apa yang berkaitan dengan lambang Barisan Nasional akan kelihatan semasa PRK P.51 nanti dan adakah ini yang MCA hendakkan...

Walaupon BN memberi sokongan kepada salah satu parti yang bertanding akan tetapi tetap akan memberi impak besar kepada BN itu sendiri dan sudah tentu ianya akan diperkatakan kerana BN tidak diwakili oleh calonnya sendiri...

** BOT's


Aku Kata :

It's true that it's a political game but don't make a game out of politics jz to be popular or wanted to play safe due to not ready taking up challenges or votes from own community...

Sunday, 11 May 2014

Pilihanraya Kecil P.51 - Kronisma Dipraktikkan...




Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mengumumkan calon bagi Pilihanraya Kecil Bukit Gelugor P.51 yang akan diadakan nanti berikutan kematian mendiang Karpal Singh, penyandang bagi Kerusi Parlimen P.51 sebagai calon pilihan yang dipersetujui Pakatan Rakyat...

Calon tersebut tidak lain tidak bukan adalah anak kepada mendiang Karpal Singh sendiri iaitu Ramkarpal Singh juga seorang peguam yang turut serta membantu  dalam menyediakan kata-kata dan ucapan mendiang bapanya dan membantu dalam tugasan harian mendiang...

Pencalonan Ramkarpal Singh turut mendapat persetujuan dan sokongan penuh abang beliau, Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen Puchong yang turut mengatakan adik beliau adalah calon yang paling sesuai untuk mengisi kekosongan Kerusi Parlimen tersebut...


Sokongan juga diberikan oleh Mohamad Sabu yang juga dikenali umum sebagai Mat Sabu iaitu Timbalan Presiden Parti PAS yang menyifatkan itu adalah pilihan terbaik Pakatan Rakyat...


Masalahnya hmmm dah tidak ada orang lain ke yang hendak diketengahkan atau terpaksa kerana masih terikat atau hendak menggunakan "nama dan keturunan" yang sama. Bukankah ini juga satu bentuk kronisma yang selalu mereka sendiri mengatakannya jika ada dikalangan pihak lain yang melakukan sebegitu...

Tetapi nampaknya mereka sendiri yang melakukan perkara yang pernah mereka tentang sebelum ini. Bukan sahaja didalam Parti DAP sendiri yang menjadikan susur galur keturunan untuk memegang kuasa malah lebih teruk lagi Parti Keadilan Rakyat juga mempunyai citarasa yang sama...

lihat pautanfreemalaysiatoday

** BOT's


Aku Kata :

Selalu je mengata orang lain xbetul n amalkan kronisma kan tp spesis yang cam diorang ni bkn aje kronisma tp siap susun atur keturunan lagi kehkehkeh...

Nampak sangat "ketidakadilan" kepada sebilangan besar keahlian yang lain yang sedikit demi sedikit tidak mendapat keadilan yang sepatutnya dan seperti biasa para penyokong puak2 penganut ni membutakan mata dan membutatulikan pandangan mata terhadap apa yang berlaku kehkehkeh...

Satu lagi mamat sorang tu, kenapa masa isu Hudud heboh diperkatakan, dia senyap je xbersuara tetapi dalam hal yang camni dia plak yang jadi jurucakap menyokong sehabis hati hahaha...owhhh lupa plak, kan dia duk kat bawah ada orang tu n dpt plak duk kat satu lembaga tu n masyuuukkk n mestilah SETIA kat tuan dia kn kihkihkih...

Agak2 sape ye yang akan mengisi kekosongan Pengerusi DAP tu nanti hahaha, kita tgok kn aje ye :)

Monday, 5 May 2014

Pemilihan PKR 2014 atau Penipuan Yang Di Rancang...



Pemilihan Parti Keadilan Rakyat 2014 telah pun bermula dan bermacam ragam dapat kita lihat bagaimana pengurusan mereka menjalankan tugas samada sebagai ahli, calon mahu pun jawatankuasa pemilihan yang dilantik utk menguruskan pemilihan di semua peringkat Cabang...

Segenap peringkat parti ini selalu mempertikaikan apa sahaja termasuk mempertikaikan cara Pemilihan UMNO serta SPR menjalankan pemilihan serta semasa Pilihanraya Umum atau pun Pilihanraya Kecil tetapi sebenarnya mereka ini lebih teruk lagi dan bermacam muslihat digunakan untuk memastikan apa yang dihajati terlaksana...


Gambar menceritakan segalanya...

Disebalik menuduh pihak lain melakukan bermacam penipuan tetapi mereka sendiri yang melakukannya...


Ketidakpuasan hati semua keahlian mencetuskan pelbagai keadaan dan pemandangan yang selalu dikatakan berjalan didalam suasana yang penuh harmoni tetapi berlaku disebaliknya...

Inikah contoh kepimpinan yang hendak mentadbir negara sedangkan didalam parti sendiri berlaku sebegini dan rasanya jika mereka ini dapat mentadbir negara nescaya akan musnah segala apa kemajuan serta kenikmatan yang telah diadakan untuk segenap lapisan masyarakat...

Inikah yang kita mahukan...Tidak sesekali...


Berlaku juga kehilangan nama calon yang ingin bertanding disatu-satu jawatan dan kehilangan tersebut dipercayai kerana protes dari penyandang jawatan tersebut, mengapa yang ingin bertanding tidak dimaklumkan samada beliau disahkan sebagai calon atau tidak tetapi hanya mengetahui nama tiada didalam senarai yang bertanding pada hari pengundian...

Ketulusan dan keharmonian apa yang hendak ditunjukkan ini...



Seperti yang diulas sebentar tadi, mereka sentiasa menuduh pihak lain melakukan pelbagai penipuan akan tetapi lihat sahaja sendiri apa yang mereka lakukan, ini baru diperingkat Cabang...

Jika diperingkat sebegini sudah berlaku kekecohan yang menjadi tandatanya kepada setiap ahli yang layak untuk memilih, bagaimanakah diperingkat seterusnya...


Ini satu lagi tanda ketidakpuasan hati, walaupon berselindung disebalik NGO yang dikatakan tidak berpihak kepada mana-mana parti politik tetapi kita semua tahu siapa ketua serta apa agenda mereka kerana selalu sahaja bersama parti ini melakukan pelbagai provokasi...

Tetapi walaupun begitu, tetap mereka merasakan ketidakpuasan hati kepada kepimpinan yang menjadi idola mereka dan mereka sendiri yang berkata begini kerana tahu dan syak waasangka ada "permainan" atau "pembelian" undi untuk sesuatu jawatan serta individu...

** Sumber : BOT's


Aku Kata :

Dalam kesibukan puak-puak ni mengata dan menuduh pihak lain tetapi mereka sendiri yang melakukannya...

Tak payah lah nk menuding jari kalo rumah sendiri pon tak tau nk jaga n kepimpinan tertinggi korang pon sama je cam merestui semuanya kehkehkeh...

Ada Ketua Umum lantikan diri sendiri pon dah mengalahkan presiden parti padahal presiden yang tertinggi tp biasalah, lagi seronok jadi puppet or dummy je kn cz tertubuhnya parti ni pon bukan utk rakyat tp untuk melepaskan seseorang yg gilakan kuasa...



Thursday, 10 April 2014

MH370..Adakah Benar Atau Sekadar Teori Semata...

Tidak mahu berkata apa-apa mengenai kehilangan Boeing 777-200ER penerbangan MAS MH370...

Cuma mahu berkongsi apa sahaja maklumat dari serata buletin atau kebarangkalian yang mungkin berlaku...

Layari "link website" yang tertera dibawah ini serta beberapa keratan dari website berkenaan...



Layari weblink :
theepochtimes




Layari weblink :
intelligence agencies

Sejumlah besar negara-negara yang kini sedang berhempas pulas cuba mengesan kemana dan dimana sebenarnya pesawat tersebut semoga mereka berjaya didalam operasi tersebut...

"Secara peribadi, saya mahukan kebenaran. Saya mahu tahu apa yang terjadi pada MH370. Saya tidak kisah samada siasatan itu dilakukan di Perth atau Kuala Lumpur - Y.B. Dato' Seri Hishamudin Tun Hussein, Pemangku Menteri Pengangkutan "

** Sumber : BOT's


Aku Kata :

Tidak kira apa pun, aku tetap berharap dan sentiasa mendoakan keselamatan kesemua penumpang serta anak kapal MH370 tersebut dan aku percaya ramai dan majoriti rakyat Malaysia juga rakyat di negara luar juga akan berbuat begitu juga...

Tetapi aku xtau la kalo ada spesis yang cuba menjahanamkan negara n sesaja suka membuat sesuatu untuk memalukan negara...

Wallahu'alam...

Wednesday, 9 April 2014

Selawat Perdana Malam Cinta Rasul...Salah Ke...Sesat...

Heboh diperkatakan sekarang ini bilamana Majlis Selawat Perdana Malam Cinta Rasul yang kini telah mencetuskan satu fenomena di seluruh negara dan sememangnya mendapat sambutan dan dihadiri oleh berpuluh ribu dan ada yang sampai keangka ratusan ribu yang mengikutinya samada secara langsung di mana-mana ianya diadakan atau pun mengikutinya di siaran televisyen...

Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah SWT yang memberi segala Keberkatan serta Rahmat NYA di bumi dan Negara Persekutuan Malaysia ini yang dipimpin oleh pemimpin Islam...





Akan tetapi, ada juga sebilangan golongan yang memperkecil dan mempermainkan program yang seperti ini dengan mengatakan yang ianya hanya membuang masa, salahkah kita memperingati dan berSelawat Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW...


Berselawat Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW adalah bukti kita menyayangi dan mencintai Baginda Rasulullah SAW dan rasanya memang indah sangat suasana yang diperlihatkan semasa program itu dijalankan...

Dan bersyukur juga kita semua kerana negara yang dipimpin oleh Pemimpin Islam bersama-sama menghadiri program seumpama ini yang diakhiri setiap program dengan Bacaan Doa Selamat untuk semua rakyat tidak mengira kaum serta mendoakan keselamatan negara tercinta...

Bagaimana pula dengan program Solat Hajat dan Mendoakan saudara sesama Islam yang dianjurkan oleh Kepimpinan Parti PAS sedikit masa dahulu...

Adakah program seumpama ini juga memberi keberkatan untuk semua dengan mendoakan kehancuran sesama saudara Islam yang lain...





Amat berlainan sekali suasana jika kita merenunginya didalam hati dan akal fikiran yang waras. Solat Hajat dan mendoakan biarlah yang untuk kebaikan seluruh Ummah serta negara, bukannya mendoakan untuk kehancuran dan huruhara tetapi itulah corak kepimpinan Parti PAS serta para pengikut yang sehingga kini masih berfikiran sebegitu rupa...

Majlis Selawat Perdana Malam Cinta Rasul diperkecilkan manakala Majlis Solat Hajat serta Bacaan Doa menghancurkan sesama Islam dan negara dibolehkan, mengapakah ini boleh terjadi...

Itulah yang terjadi bila Islam digunakan untuk kepentingan politik sempit semata-mata tanpa mengambil kira samada baik atau buruk sebarang perlakuan...

gambar ehsan dari :PPM

Bilamana Kepimpinan tertinggi Parti PAS sendiri mengandaikan sebegitu, bagaimana lagi para pengikut tegar yang terus mempercayai sepenuh hati tanpa menggunakan akal fikiran untuk berfikir mengikut kewarasan sebagaimana yang dituntut oleh Agama Islam yang sebenar...

Wallahu'Alam...


** Sumber : BOT's


Aku Kata :

Sendiri fikir lah mana yang elok n baik...

Yang elok n baik untuk semua, kita ikuti n memana yang kita rasa kurang elok tu, jauh-jauhkanlah diri tu sebab kita dianugerahi dengan otak serta akal fikiran oleh Allah SWT...

Jangan disalahgunakan untuk menganiayai orang lain mahupun diri kita sendiri...

Wallahu'Alam...



Monday, 7 April 2014

Syed Saifullah..Anak Muda Yang Diperalatkan Dan Mangsa Hasutan...

Alhamdulillah...

Akhirnya individu yang telah mengedit, menyebar serta mengaibkan isteri YAB Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak iaitu Datin Seri Rosmah Mansor telah ditahan oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjut berkenaan perbuatan terkutuknya itu...

acc fb dan gambar yang diedit

Bukan sahaja individu tersebut melakukan fitnah serta penyebaran gambar tersebut, beliau juga telah menyamar sebagai seorang warga pendidik dimana ini telah memburukkan nama Kementerian Pendidikan Malaysia dimana Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato' Seri Muhyiddin Hj. Mohd Yassin sebagai Menteri kementerian tersebut. Amat licik perbuatan tersebut dengan memalukan serta menjatuhkan maruah serrta memalukan kepimpinan tertinggi negara...

Ucapan syabas dan tahniah juga harus diberikan kepada pihak PDRM yang tidak mengambil masa yang lama untuk mencari dan menahan individu tersebut dan tahniah serta terima kasih juga kepada semua rakyat prihatin yang bersama-sama membuat laporan kepada pihak berkuasa berkaitan perkara tersebut...

Individu tersebut telah ditahan pada 06 April 2014 lebih kurang jam 12.10 tgh malam setelah pulang kerumah dari makan malam bersama dua orang lagi dan dipercayai salah seorang adalah bapa kepada individu tersebut...

Sepasukan pihak berkuasa yang telah menunggu dirumah individu tersebut lantas menunjukkan kad kuasa pihak berkuasa polis dan mengenalkan diri sebagai Pegawai Kanan Polis dan bertanyakan siapakah yang bernama "Syed Saifullah" yang disyaki telah melakukan perbuatan mengedit dan menyebar gambar tersebut, salah seorang dari dari mereka mengaku yang nama tersebut adalah namanya...

Setelah melakukan pemeriksaan badan keatas suspek, pihak polis telah menjumpai sebuah telefon bimbit jenama Sony Xperia berwarna hitam putih yang bernombor 013-492 8564 dari poket kanan suspek...

Setelah itu pihak polis telah melakukan pemeriksaan di rumah suspek dan telah merampas beberapa perkakasan pengkomputeran yang dipercayai telah digunakan bagi melakukan perbuatan mengedit serta menyebarkan gambar tersebut...

Berikut adalah butiran suspek :

Nama : Syed Ahmad Saifullah Bin Hashim
No. KPT : 890620-10-5311
Jantina : lelaki
Warganegara : Malaysia
Tarikh Lahir : 20 jun 1989
Keturunan : Melayu
Taraf Perkahwinan : Bujang
Alamat : No. 29 Jalan Bandar U 18, Seri Iskandar, Perak

KPT suspek

Suspek telah ditangkap dan ditahan di Lokap Berpusat Jinjang untuk siasatan lanjut  dibawah Seksyen 233 (1) CMA (Jenayah Siber) dan 505 (b) Kanun Keseksaan...

Akhirnya individu yang menyamar sebagai seorang pendidik di Kementerian Pendidikan tertangkap jua kerana penghinaan melampau ke atas YAB Perdana Menteri dan isteri...

Terlalu melampau provokasi tersebut. Tidak terbayang pada diriku bahawa pemikiran individu ini terlalu jahat dan kotor...

Ini lah bahananya pemikiran yang telah diracun pemimpin pembangkang...



anak beranak sama je

Anak muda yang baru mengenal dunia tidak mampu menilai erti baik dan buruk hasil serangan persepsi buruk pembangkang yang bertalu-talu menghasut dan meracun pemikiran anak-anak muda kini...

Anak muda yang mempunyai harapan cerah dimasa depan kini berdepan dengan hukuman kerana bakal didakwa dibawah Seksyen 233 (1) CMA (Jenayah Siber) dan 505 (b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dan sudah pastilah emosi anak muda ini akan terganggu dan rosaklah masa depan beliau...

lokap

Anak muda yang sepatutnya menjadi tulang belakang pembangunan dan berjasa untuk Agama dan Negara kini musnah semata-mata kerana fitnah dan hasutan pembangkang...

Ingatlah wahai sekelian...pembangkang adalah racun kepada anak-anak muda...

Jiwa yang dihasut Pemimpin Pakatan Rakyat pasti akan menjadi hitam dan hancur...

Kita boleh lihat sendiri pada akhlak pemimpin mereka yang membudayakan penipuan sebagai permainan lidah...

Membudayakan demonstrasi jalanan sebagai kegiatan dan aktiviti mengisi hujung minggu dan cuti umum...

Membudayakan caci maki sebagai irama lunak halwa telinga pendengarnya...

Anak muda ini mangsa keadaan..

Yang bersalah adalah penghasut dan pemfitnah yang sentiasa bebas berceramah di segenap pelusuk negara. Penghasut yang seribu kali berkata namun tidak pernah sekalipun dikotakan..

Simpati kita pada anak muda ini. Masa depannya gelap, hidupnya selepas ini pasti akan bercelaru dan buntu...

Yang masih lepas bebas adalah...

Penghasut, peracun pemikiran yang bertopeng disebalik Hak Asasi Manusia dan kebebasan bersuara...

Maka, teruskan...teruskanlah menerima segala hasutan dan fitnah...

Sebagai hadiah sebuah kebebasan yang akhirnya pasti akan meruntuhkan insan-insan yang anda sayangi...




hasil hasutan dan keracunan pemikiran oleh pemimpin pembangkang

** Sumber : enche bots


Aku Kata :

Pengajaran...memang seronok kan permainkan orang...
Tapi kalau terkena ahli keluarga sendiri macam mana...???

Akhirnya menyusahkan diri sendiri serta ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk beri pelajaran tetapi malangnya pelajaran digunakan untuk menyusahkan ibu bapa serta keluarga dan sanak saudara...

Sebagai PERINGATAN kepada sesiapa sahaja...