Welcome


widgeo.net

Tuesday, 31 January 2012

UiTM Jengka,Pahang - 1Malaysia


Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua mahasiswa-mahasiswa UiTM Jengka Pahang yang terlibat sepenuhnya mahupun tidak untuk menghasilkan Logo 1 Malaysia yang terbesar dan yang membolehkan 'hasil' mereka ini dimasukkan ke dalam Malaysian Books of Record...

Hasil kerjasama seluruh warga mahasiswa-mahasiswa UiTM Jengka bukan sahaja dapat menghasil satu logo yang besar tetapi dapat menaikkan martabat golongan mahasiswa dengan cara bekerjasama untuk mencapai sesuatu yang tidak terjangka... 

Logo 1Malaysia yang berukuran 100 meter panjang dan 38 meter lebar dihasilkan oleh mahasiswa ini menunjukkan komitmen mereka sepenuhnya dalam menangani apa jua permasalahan demi untuk mencapai kejayaan...

Diharap dengan kerjasama yang ditunjukkan ini, golongan mahasiswa ini dapat memberi satu impak yang besar dalam perjuangan mereka untuk kejayaan yang lebih besar lagi suatu hari nanti...

Tetapi harus diingat, pesanan kepada semua golongan mahasiswa ini agar terus menumpukan sepenuh perhatian mereka terhadap pelajaran kerana hanya dengan Ilmu Pelajaran lah kita dapat menawan "dunia"dalam ertikata yang sebenarnya, bukan dengan cara meninggalkan pelajaran ibarat kata "yang dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran"...elakkan perkara sebegini dari berlaku...

Sekali lagi tahniah diucapkan kepada semua mahasiswa UiTM Jengka kerana dapat menunjukkan sesuatu yang tidak terlintas di fikiran kita semua...

Selamat Maju Jaya diucapkan... 

Ciplak atau Meminjam...




Bercakap tentang penulisan, semua pihak samada perseorangan mahupun berkumpulan memang suka menulis tidak kira hasil penulisan itu betul atau pun tidak tetapi sebagai penulis kita sewajarnya harus tahu dan menghormati sesama sendiri tidak kira lah sesama kumpulan atau pun yang bukan dari kumpulan kita juga perseorangan. Rasanya tidak salah bagi kita "meminjam" cerita / artikel atau apa pun untuk disiarkan kepada pembaca tetapi janganlah pula kita menjadikan yang "dipinjam" itu menjadi hak mutlak kita pula kerana sebagai penulis kita juga harus mempunyai rasa tanggungjawab terhadap apa yang hendak kita hasilkan.

Sebenarnya pembaca juga berhak mendapat apa yang seharusnya mereka dapat untuk tatapan dan bacaan mereka dan jangan pula nanti ada dikalangan pembaca yang berkata "kan ke yang ni hasil penulis yang lain, kenapa boleh jadi hak orang lain plak"... Sebagai penulis, kita kena lah elakkan tafsiran begitu dari kalangan pembaca.

Jadinya disini, tepuk dada dan tanyalah selera sendiri.

Wallahu'alam...











Saturday, 21 January 2012

GONG XI FA CAI...


PCJ ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua rakan-rakan kaum Tionghua yang akan merayakan Perayaan Tahun Baru Cina nanti.

Diharapkan juga kepada semua rakyat berbilang kaum di negara ini untuk saling mengunjungi sesama sendiri untuk mengeratkan lagi persahabatan sesama yang lain kerana dengan ini sahaja lah yang dapat memakmurkan lagi perpaduan antara kaum di negara tercinta ini.

Dan kepada yang bercuti diluar kawasan, berhati-hati lah tidak kira dimana anda berada samada yang memandu kenderaan mahupun yang berjalan kaki, keselamatan mesti di utamakan n please don't drink n drive...

Gong Xi Fa Cai to all dan Salam Sejahtera...


Wednesday, 4 January 2012

Pilihanraya Umum



Diam tak diam, Negara telah melalui 12 Pilihanraya Umum bermula daripada tahun 1955 hinggalah tahun 2008. Pilihanraya Umum Majlis Perundangan yang diadakan pada 27 Julai 1955 adalah pilihanraya umum yang tunggal di Persekutuan Tanah Melayu ketika itu sebelum bertukar nama menjadi Persekutuan Malaysia pada 31 Ogos 1957. Pilihanraya yang pertama dikira daripada yang diadakan pada tahun 1959 dan seterusnya hinggalah yang Ke-12 pada tahun 2008 yang lalu.

Kita dapat melihat pelbagai parti politik yang memasuki gelanggang pilihanraya dengan menggunakan pelbagai lambang. Tetapi apa yang hendak dikatakan disini bukanlah soal lambang yang digunakan.
Mari kita lihat senarai parti-parti politik yang masih ada dan yang telah dibubarkan. Mengapa ada parti yang masih teguh dan ada yang rapuh ? 



Barisan Nasional telah diasaskan pada tahun 1973 dan sehingga kini (2012) telah menjangkau 39 tahun penubuhannya dan ianya masih lagi berupaya berdiri dengan teguh walaupun pelbagai rintangan yang harus dihadapi. Manakala pesaing terdekat iaitu Pakatan Rakyat yang juga pernah dipanggil Barisan Alternatif pada tahun 1998, Barisan Rakyat dan akhirnya Pakatan Rakyat pada tahun 2008.

Barisan Nasional yang mempunyai pelbagai parti-parti politik yang membentuk satu pakatan yang mampan telah berjaya melakukan segala agenda transformasi mengikut aliran politik dan keadaan semasa dan seperti mana-mana kerajaan didunia ini memang sukar untuk memuaskan hati segenap lapisan masyarakat tetapi BN telah melakukan dengan sebaik mungkin menjaga kebajikan rakyat dan keamanan negara tercinta.

Berlainan pula dengan pesaing terdekat BN iaitu Pakatan Rakyat. Setelah menukar nama beberapa kali mereka masih belum dapat berkompromi secara jelas kerana masing-masing kelihatan mempunyai agenda-agenda yang berlainan dan mereka cuma bersatu hanya sebab 'dendam' kepada pihak lawan dan ingin menjatuhkan kerajaan sedia ada dengan menggunakan pelbagai cara dan helah. Sebenarnya mereka-mereka ini tiada hala tujuan melainkan ingin berkuasa sahaja. Kita dapat melihat apa yang telah mereka-mereka ini lakukan sekarang dimana ketidakadilan berlaku dengan seterang-terangnya.

Perbezaan yang jelas adalah Barisan Nasional adalah satu pakatan yang sah dan telah didaftarkan dan boleh juga diklasifikasikan sebagai 'sah taraf' manakala Pakatan Rakyat sehingga kini tidak didaftarkan secara sah sebagai satu pakatan, cuma hanya di bibir sahaja. Dari sini kita dapat melihat apa yang tersirat dan tersurat.


Walaubagaimanapun Pilihanraya Umum yang akan datang ini haruslah kita laluinya dengan hati yang terbuka dan yang penting pilihan kita itu sebenarnya bukanlah untuk kita tetapi ianya untuk generasi baru dan masa depan anak-anak bangsa kita agar mereka selesa seadanya.


Saturday, 31 December 2011

Selamat Tahun Baru 2012

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengikuti samada secara terus atau pun tidak penulisan saya di sini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua rakan-rakan yang memberi saya sokongan selama ini dan tanpa semua itu tiada lah saya disini.

Disini juga saya memaklumkan yang saya hanyalah seorang penulis biasa dan bukannya sepenuh masa sebagai blogger dan menulis bila ada masa terluang sahaja. 

Kalau direnung kembali sepanjang Tahun 2011, kita dapat melihat pelbagai macam peristiwa yang berlaku, ada yang bagus dan tidak kurang juga yang tidak bagus. Seharusnya kita mengambil iktibar dan mengambil yang baik sebagai contoh dan hindarkan yang tidak memberi apa-apa manafaat kepada kita.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua dan agar mendapat keberkatan dari ALLAH SWT disepanjang tahun 2012 dan tahun-tahun mendatang.

Monday, 26 December 2011

HASAN ALI – MESTI KEKAL & KEMBALIKAN PAS BALIK SEMULA KE ASAL


Hasan Ali



Sebaik sahaja Hasan Ali, Harun Din menyertai PAS bersama beberapa tokoh Ilmuan Agama yang lain, PAS seakan mempunyai kekuatan yang luar biasa dan mampu mengalahkan sesiapa sahaja. Maklumlah sebab sudah mempunyai ‘komandan’ yang paling dihormati dan disegani oleh pelbagai pihak.

Tetapi apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan apabila PAS bergabung dengan DAP dan PKR. Segala perancangan untuk melaksanakan agenda telah pupus sebagaimana pupusnya slogan ‘Negara Islam’ yang ditukarkan kepada ‘Negara Kebajikan’. Bukankah Kerajaan Barisan Nasional telah menerap dan mempraktikkan agenda ini selama pemerintahannya dimana semua kaum serta golongan telah pun mendapat manafaat daripadanya. Apakah manafaat yang boleh diberikan kepada rakyat menerusi slogan baru PAS kerana ianya hanyalah lakonan semata-mata hanya untuk menunjukkan kepada ‘rakan-rakan’ mereka yang PAS telah berubah.

Segalanya terletak kepada keputusan DAP dan PKR dimana PAS hanyalah sebagai pak turut sahaja.

Kembali semula kepada Hasan Ali yang juga seorang Ilmuan Agama, beliau telah berjaya menaikkan taraf PAS tetapi hanya untuk sementara kerana secara terangnya, puak-puak Erdogan / Anwarinas didalam PAS telah berjaya ‘menakluki’ PAS seterusnya menidakkan keupayaan Hasan Ali serta Ilmuan Agama yang lain di dalam PAS. Kita boleh lihat, Majlis Syura PAS juga menyokong Hasan Ali. Selain itu Timbalan Mursyidul PAS, Harun Din juga tidak mendapat tempat di dalam Majlis Ulamak PAS.

Soalannya adalah kemanakah hala tuju PAS sekarang ? Adakah ianya untuk Agama, Bangsa dan Negara atau sekadar ‘penempel’ di Pakatan Rakyat yang kabur matlamatnya. DAP bersama chauvanis nya dan PKR hanya untuk menyelamatkan seseorang dan suka menimbulkan huru-hara.

Secara terus terang, aku tidak berapa setuju jika Hasan Ali dan rakan-rakan ingin keluar dari PAS dan menyertai UMNO kerana sepatutnya UMNO dan PAS bergerak bersama untuk menegakkan Agama, Bangsa dan Negara. UMNO boleh menjadi wadah orang Melayu dan PAS boleh menjadi kumpulan pendesak orang Melayu yang boleh mengembalikan kekuatan orang Melayu secara am nya tetapi apa yang terjadi sekarang – orang Melayu berpecah dan tiada kekuatan untuk menandingi kaum-kaum yang lain dan mereka dengan sewenang-wenangnya boleh meminta apa sahaja untuk kaum mereka dan ini bukan salah mereka. Sebenarnya mereka mendapat ‘kelulusan’ dari orang Melayu sendiri.

PAS pernah menuduh UMNO mengamalkan sekularisma tetapi jika dilihat sekarang ini, PAS lebih sekular dari UMNO sendiri hanya kerana ingin ‘berkawan’ dengan DAP dan PKR. Siapa yang untung dan siapa yang rugi. Ternyata bangsa Melayu itu sendiri yang rugi kerana berpecah.

Disinilah Hasan Ali boleh memainkan peranan beliau bersama Ilmuan yang lain untuk mengembalikan perjuangan PAS balik ke landasan yang sebenarnya. Jika beliau keluar, maknanya beliau telah melepaskan tanggungjawab beliau untuk Agama, Bangsa dan Negara dan puak Erdogan / Anwarinas secara keseluruhannya telah menguasai PAS dan dengan senang hati boleh merosak dan memalukan PAS itu sendiri.

Hasan Ali sepatutnya bekerja dengan lebih keras lagi bersama para sahabatnya untuk menidakkan perkara ini daripada berlaku kerana jika beliau meninggalkan PAS bermakna beliau telah mengaku kalah. Puak-puak Erdogan / Anwarinas sememangnya menunggu peluang untuk menjadikan PAS sebagai milik mereka sepenuhnya. Hasan Ali boleh melonjakkan kembali PAS kepada asalnya bersama yang lain dan menjadikannya sebagai pilihan kepada orang Melayu untuk lebih berjaya dan bergandingan dengan UMNO untuk kekuatan Agama, Bangsa dan Negara secara keseluruhannya.

Hasan Ali lah orangnya yang boleh melakukannya sekarang bersama rakan-rakan beliau yang lain di dalam PAS untuk mengembalikan PAS balik kepada asalnya.

Wallahu’alam…

Sunday, 18 December 2011

Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama...

Apa guna kita bangga menjadi Rakyat Malaysia jika kita dengan sewenang-wenangnya memburukkan negara kita sendiri dan 'menjual' nya kepada orang lain. Soal keselamatan negara bukan hanya terletak di bahu anggota keselamatan dan kepimpinan negara tetapi KITA, rakyat bumi dan tanah bertuah ini yang utamanya patut menjaga keselamatannya.

Ya, mungkin kita bukan tentera, polis dan sebagainya tetapi kita boleh melakukannya dengan cara kita sendiri tetapi dengan cara yang betul dan bukan menyalahgunakannya.Kita boleh melakukannya dengan menyokong kepimpinan yang ada dan juga jangan sekali-kali menidakkan keupayaan sistem pertahanan negara yang sememangnya baik dan akan diperbaiki dan ditambahnilai pada masa yang akan datang.

Jika ada yang berkata soal kos pertahanan negara yang tinggi, cuba kita fikir dan renung kembali, kos yang tinggi itu adalah untuk siapa dan kenapa, ianya adalah untuk kita juga yang bertujuan menjaga keamanan dan kepentingan negara dan rakyatnya. Kalau kita nk rumah kita sendiri cantik, menarik dan selesa, kita juga terpaksa mengeluarkan kos yang agak tinggi jugakan.

Soalnya sekarang janganlah bercakap ikut selera sendiri sahaja, Keamanan dan Ketenteraman mesti dijaga sebaik mungkin...